Spa ikan merupakan rawatan yang biasa terdapat di Malaysia dan juga mana-mana negara lain. Rawatan ini memerlukan pelanggan untuk merendamkan kaki di dalam tangki yang dipenuhi air suam dan membiarkan ikan-ikan kecil menggigit-gigit kaki anda.

Namun jangan risau. Ikan ini bukannya akan memakan kaki anda. Sebaliknya, ia cuma memakan sel-sel mati pada kulit kaki anda.

Kredit: Panormo

Tetapi lain pula kisahnya apabila seorang pelanggan telah membunuh kesemua ikan-ikan di dalam tangki ini disebabkan oleh kakinya yang teramat busuk!

Kejadian yang berlaku di Beijing, China ini melibatkan seorang lelaki pertengahan tahun bernama Wong yang telah menjalani sesi rawatan spa ikan. Akan tetapi malangnya nasib ikan-ikan berkenaan kerana menemui ajal disebabkan oleh bau kaki pelanggan tersebut.

Menurut laporan Sina, Wong bekerja di sebuah syarikat IT sejak menamatkan pengajiannya sehingga kini. Selama 10 tahun ini, Wong seringkali bekerja lebih masa dan tidak mempunyai masa untuk memanjakan dirinya.

Dalam sekelip mata, usia Wong meningkat kepada 35 tahun dan masih lagi bujang. Justeru, ibu bapanya memutuskan untuk menjodohkan Wong dengan seorang gadis dan semenjak itu, hubungan mereka bertukar menjadi serius. Malah, mereka turut sedang membuat perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Jadi, menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Wong dan teman wanitanya memutuskan untuk meluangkan masa bersama. Mereka telah bersiar-siar sambil menikmati hidangan makan malam yang mewah. Selepas itu, teman wanitanya mengajak Wong untuk merasai pengalaman sesi rawatan spa ikan.

Kredit: blogspot | Gambar hiasan

Pada awalnya, Wong menolak ajakan teman wanitanya itu namun atas pujuk rayu, Wong akhirnya terpaksa akur dengan permintaan cinta hatinya. Semasa di dalam kedai berkenaan, Wong telah berlari ke satu sudut untuk membuka kasutnya dan terus membalut kaki dengan tuala.

Tanpa mencuci kakinya terlebih dahulu, Wong terus merendamkan kakinya ke dalam tangki air berisi ikan-ikan itu. Apabila tamat masa rawatan, pemilik spa tersebut telah menghampiri mereka untuk mengambil bayaran dan terkejut setelah mendapati kesemua ikan di dalam tangki tersebut sudah mati!

Malah, pemilik berkenaan turut menghidu sesuatu yang busuk daripada air tersebut.

Pada awalnya dia menyangkakan Wong telah sengaja meracuni ikan-ikannya dan meminta Wong untuk membayar ganti rugi. Kedua-dua pihak bertekak untuk satu tempoh yang agak lama sehinggalah akhirnya Wong mendedahkan punca sebenar kematian ikan tersebut!

Menurut penjelasan daripada Wong, dia mempunyai jadual harian yang agak padat dan tidak pernah mencuci kakinya dengan bersih selama 10 tahun! Oleh itu, bau busuk daripada kakinya yang menjadi punca kepada kematian ikan-ikan ini.

Kredit: Blog

Mendengarkan penjelasan Wong, pemilik berkenaan akhirnya akur bahawa ianya adalah kesilapan yang tidak disengajakan dan mengambil keputusan untuk melepaskan Wong.

Insiden ini bukan sahaja mengundang gelak tawa kita semua bahkan Wong sendiri mengakui turut terhibur dengan kejadian ini. Wong turut mengucapkan rasa syukur kerana teman wanitanya tidak meninggalkannya disebabkan oleh bau kaki yang busuk.

Sudah tentu, Wong turut berjanji akan mengutamakan kebersihan diri selepas insiden memalukan itu.

Sumber: World of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds