Pada September lalu, seorang penduduk Texas bernama Vicki Bergquist dan isterinya Jeanette LeBlanc telah menziarahi keluarga mereka di Lousiana. Dalam masa yang sama, mereka telah melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti mencari ketam dan membeli seguni tiram mentah di pasar Westwego.

Namun tidak lama kemudian, kesihatan Jeanette secara tiba-tiba merosot dengan drastik!

Menurut rakan kepada pasangan ini iaitu Karen Bowers, dia dan Jeantte telah menikmati lebih kurang dua dozen tiram mentah semasa percutian tersebut.

Kredit: Haute Living

“Kira-kira 36 jam kemudian, dia (Jeanette) mula mengalami masalah pernafasan yang teruk dan terdapat ruam-ruam merah pada kaki dan seluruh badannya,” kata suami kepada Jeanette.

Karen pula memaklumkan bahawa mereka menyangkakan Jeanette mengalami reaksi alahan akibat memakan makanan laut. Namun begitu, keadaan Jeanette menjadi semakin parah dalam tempoh dua hari.

Doktor memberitahu bahawa Jeanette mengalami vibrio, satu jangkitan bakteria yang berbahaya dan boleh membunuh!

“Ia adalah bakteria pemakan daging. Dia mengalami beberapa luka parah pada kakinya disebabkan oleh bakteria tersebut”.

Kredit: ThoughtCo.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, individu boleh dijangkiti bakteria vibrio ini selepas memakan makanan bercengkerang yang mentah atau sekiranya luka individu terdedah kepada air paya.

Malangnya, Jeanette telah terdedah kepada kedua-dua keadaan dan terlantar di hospital selama 21 hari! Walau bagaimanapun, tahap kesihatan Jeanette semakin parah dan akhirnya, dia meninggal dunia pada tanggal 15 Oktober 2017.

Pemergian Jeanette benar-benar meruntun hati keluarga terdekat dan sahabat rapat. Kini, Vicki dan Karen sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai tentang vibrio dan risikonya.

“Jika kami tahu dan sedar risikonya tinggi, kami pasti Jeanette akan berhenti makan tiram,” kata Vicki lagi.

Sebagai peringatan kepada semua, jangan amalkan memakan makanan yang mentah dan tidak dimasak seperti sushi dan stik separuh masak. Sebaliknya, kita perlu memasak segala hidangan dengan betul dan sempurna bagi memastikan bakteria-bakteria yang terdapat pada makanan tersebut.

Sumber: CBS News

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 10 seconds