Asia

Pengalaman pertama Putera Bhutan melawat India yang mencuri tumpuan

Pengalaman pertama Putera Bhutan melawat India yang mencuri tumpuan

Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck bersama isteri baginda, Permaisuri Jetsun Pema Wangchuck serta anakanda tiba di Delhi untuk lawatan empat hari ke India, yang pertama sejak India dan China mengakhiri kebuntuan selama 73 hari di dataran Doklam dua bulan lalu.

Lawatan itu diadakan bagi membincangkan tentang hubungan antara India – Bhutan dan perayaan hubungan diplomatik antara kedua-dua jiran tahun depan.

Walau bagaimanapun, apa yang menonjolnya adalah kehadiran putera kecil, Gyalsey yang berusia satu setengah tahun, menandingi pertemuan bermakna dua buah negara berkenaan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi semalam bertemu dengan kerabat diraja berkenaan, di mana putera comel itu dilihat melipat kedua-dua tangannya (menghasilkan gaya ‘namaste’). Selepas itu, Narendra turut meluangkan masa duduk bersama dengan Raja dan anakanda baginda.

Perdana Menteri India itu juga sempat ‘memancing’ putera cilik itu dengan bola rasmi FIFA Piala Dunia bawah 17 tahun dan set catur, di mana putera dengan senang hati menerimanya.

Rashtrapati Bhavan selaku Presiden Ram Nath Kovind menzahirkan rasa terima kasih kerana kesudian Raja Bhutan memainkan peranan dalam isu antara India-China di wilayah Doklam. Isteri Rashtrapati, iaitu Savita Kovind, tidak dapat mengalihkan pandangannya pada putera yang lengkap berpakaian gho (pakaian tradisonal orang lelaki di Bhutan). Sewaktu hendak pulang, baginda menerima hadiah dan hamper, selain turut bergambar beramai-ramai.

Menteri Luar India, Sushma Swaraj, yang menyambut kehadiran kerabat diraja berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, Delhi, menganggap mereka seperti ‘William and Kate di Himalaya’. Sushma juga sempat mencuit pipi gebu putera berkenaan sambil berborak.

Semasa pertemuan bersama Menteri Pertahanan India, Nirmala Sitharaman, putera kelihatan sangat sibuk dengan mainan tradisional India. Nirmala juga sempat tweet, “With His Majesty the King, the Queen & the adorable young Prince of Bhutan. Happy to see HM the Prince like the Chennapatna (Karnataka) toys.”

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...