JOHOR – Menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba pada bulan hadapan, harga makanan laut dilaporkan sudah mencecah harga yang tinggi dalam tempoh dua minggu akan datang.

Makanan laut seperti udang dan ikan merupakan salah satu hidangan wajib semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina kerana makanan-makanan ini melambangkan tuah dan juga kemakmuran.

Kredit: (X) S.M.L

Justeru, permintaan terhadap makanan laut akan meningkat sekali gus menyebabkan harganya juga turut melambung tinggi.

Memandangkan sambutan Tahun Baru Cina sudah hampir tiba, harga bagi makanan laut di sebuah pasar yang terletak di Pontian, Johor menunjukkan peningkatan yang amat drastik!

Kredit: Baby Center

Menurut laporan daripada Sinchew, peningkatan harga berkenaan adalah berpunca daripada penawaran bekalan yang berkurangan daripada nelayan dan juga peningkatan permintaan daripada pengguna.

Menurut salah seorang penjual ikan, keadaan laut yang sedang bergelora membuatkan ramai nelayan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan. Oleh demikian, bekalan ikan di pasar menjadi kurang dan mendorong kepada peningkatan harga.

Kredit: RRI

Dilaporkan harga bagi seekor ikan bawal Cina melambung begitu tinggi sehingga memaksa penjual untuk menjual ikan ini mengikut saiz tertentu, bukan berdasarkan kepada berat ikan lagi.

Sebagai contoh, harga bagi ikan seperti dalam gambar di bawah dikatakan boleh mencecah sehingga RM300 bagi seekor!

Kredit: Sinchew

Malah, para penjual turut menjangka harga makanan laut akan terus melambung sebanyak 30% dalam tempoh dua minggu lagi.

Berikut merupakan purata harga bagi makanan laut di pasaran:

  • Bawal Cina – RM200 seekor bergantung kepada saiz
  • Bawal Putih – RM60/kg hingga RM80/kg
  • Udang – RM80/kg
  • Sotong – RM40/kg
  • Salmon – RM48/kg
  • Kerapu – RM90/kg

Kredit: Ibnu Asmara

Sehingga kini, dilaporkan para pembeli dari Singapura dan juga warga tempatan sudah mula membanjiri pasar di sekitar Johor bagi mendapatkan bekalan makanan laut sebelum harganya menjadi semakin mahal.

Sementara itu, harga bagi sayur-sayuran dilaporkan kekal stabil pada masa ini walaupun terdapat beberapa penurunan bagi keperluan harian.

Jadi apakah penyelesaian yang mampu anda fikirkan? Adakah anda sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membeli ikan besar atau mencari alternatif lain bagi menggantikan makanan laut sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti?

Sumber: Sinchew

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds