Rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara akan dilancarkan oleh peneraju utama perkhidmatan hiburan internet, Netflix yang menampilkan pelawak terkenal iaitu Harith Iskander.

Menurut Netflix, rancangan ‘I Told You So’ yang bersiaran selama sejam itu akan menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, social dan budaya masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Pelawak ini bersedia untuk melakar sejarah sebagai pelawak Asia Tenggara yang pertama mempunyai rancangan komedi sendiri di Netflix!

Sumber: Netflix

Harith Iskander tidak asing lagi dengan pengiktirafan antarabangsa, beliau telah diisytiharkan sebagai “Orang yang Paling Lucu di Dunia” oleh US comedy club chain Laugh Factory pada 2016, mengalahkan 88 pelawak lain dari 56 negara.

Netflix juga turut menampilkan persembahan pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz menerusi rancangan ‘Almost Banned’ pada 26 Januari ini serta pelawak Malaysia Kavin Jay menerusi rancangan ‘Everybody Calm Down!’ pada 2 Februari depan.

Sumber: SAYS

Harith Iskander bakal muncul dalam rancangan “I Told You So” yang akan ditayangkan ke seluruh dunia menerusi Netflix pada 19 Januari ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds