GAYA HIDUP

Bekas makanan berlekuk punca pembaziran? Ketahui kebenaran di sebalik fungsi reka bentuk ini

Bekas makanan berlekuk punca pembaziran? Ketahui kebenaran di sebalik fungsi reka bentuk ini

Setiap produk mempunyai reka bentuk dan juga fungsi yang tersendiri bagi memudahkan penggunaannya. Namun kadangkala, reka bentuk produk-produk ini mempunyai fungsi khusus yang tidak terbayang oleh pemikiran pengguna.

Terdahulu, pihak peniaga seringkali membungkus makanan di dalam bekas polistirena dan juga plastik. Namun, penggunaan kedua-dua medium tersebut bukan sahaja boleh memberi ancaman kepada kesihatan tetapi juga alam sekitar.

The Malaysian Times

Justeru, kerajaan mula melaksanakan langkah untuk memelihara alam sekitar dengan memperkenalkan penggunaan bekas boleh lupus ‘eko-pek’ (Eco-Pack) memandangkan bahan polistirena mempunyai kandungan karsinogen yang boleh mengakibatkan kanser. Malah, tempoh penguraian bagi polistirena memakan masa sekitar 500 tahun berbanding Eco-Pack yang mengambil masa beberapa bulan sahaja.

Walau bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai penyair_hatii telah memulakan satu pertanyaan tentang reka bentuk bekas makanan yang mesra alam.

penyair_hatii

Menurutnya, reka bentuk lekukan pada dasar bekas makanan berkenaan telah menyukarkan dirinya untuk menghabiskan sisa-sisa makanan sekali gus mendorong kepada pembaziran.

Namun, apa yang ramai tidak ketahui adalah terdapat sebab yang tersendiri mengapa bekas makanan ini direka dengan bentuk lekukan seperti itu.

Menurut Amanda Wong iaitu penyelaras jualan bagi syarikat Tycoplas (syarikat pengeluar bekas makanan TA-GE), reka bentuk bekas makanan tersebut mempunyai dua tujuan tersendiri iaitu:

  1. Sebagai penambah gaya kepada bekas makanan (mencantikkan bekas)
  2. Mengukuhkan struktur

Nanyang Siangpau

Walaupun polistirena mempunyai dasar bekas yang lebih rata dan kuat, ianya sukar untuk dilupuskan manakala bahan PP5 pula lebih lembut. Jadi, tujuan lekukan tersebut adalah untuk memberikan sokongan pada bekas agar dapat menampung makanan.

Bagaimana pula dengan jenis-jenis produk plastik yang selamat untuk digunakan?

Tahukah anda terdapat 7 jenis plastik yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik. Namun bukan semuanya boleh digunakan berulang kali ya?

Bagi menghasilkan bekas makanan ini, plastik dengan kod nombor 5 yang lebih dikenali sebagai Polypropylene (PP) telah digunakan. PP merupakan polimer plastik termo yang bukan sahaja kukuh dan kuat tetapi juga mampu menahan haba yang tinggi selain berfungsi sebagai penghalang kelembapan seperti minyak.

Plastik PP ini seringkali digunakan untuk produk yang berikut:

  • Bekas yogurt dan marjerin
  • Cawan plastik dan botol susu bayi
  • Peralatan dapur, penutup plastik dan juga bekas yang tahan ketuhar gelombang mikro
  • Bahagian kereta (bumper)
  • Pasu bunga

Baby Green Thumb

Kebanyakan produk PP5 ini selamat digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Hal ini kerana plastik ini tidak akan terjejas walaupun dipanaskan. Namun sebaiknya, pengguna disarankan untuk menggunakan bekas kaca bagi tujuan pemanasan makanan dan bukannya bekas plastik PP ini.

Walaupun kerajaan mula mempergiatkan langkah pengharaman penggunaan bekas polistirena khususnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, masih terdapat ramai peniaga dari negeri lain yang masih mengamalkan penggunaan polistirena.

Hal ini demikian kerana harga bagi satu bekas polistirena hanya bernilai RM0.08 manakala bekas mesra alam ini pula berharga RM0.20.

Namun demi kesejahteraan bersama di samping usaha kita semua untuk memelihara alam sekitar, marilah kita menyokong penggunaan bekas makanan mesra alam ini bagi menggantikan bekas polistirena.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...