INSPIRASI, Kisah Inspirasi

Penjual sayur berteriak dengan lantang di pasar demi melariskan jualan sehingga menimbulkan rasa jelek pembeli. Kisah di sebalik kegigihan lelaki ini akan memberi keinsafan kepada diri

Penjual sayur berteriak dengan lantang di pasar demi melariskan jualan sehingga menimbulkan rasa jelek pembeli. Kisah di sebalik kegigihan lelaki ini akan memberi keinsafan kepada diri

Kisah ini adalah mengenai seorang penjual sayur yang telah memberi keinsafan kepada diri seorang pelanggan di pasar. Setelah mengetahui kisah di sebalik kehidupan penjual sayur ini, pandangan dan pemikirannya terhadap dunia dan kehidupan dengan serta merta telah berubah. Pelanggan ini telah menceritakan kisah penjual sayur tersebut seperti berikut :

Setelah kembali dari percutian, saya telah pergi ke pasar berdekatan dengan rumah dan menemui satu gerai menjual sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru di situ.

Tetapi entah mengapa hati saya menjadi sakit apabila mendengar suara nyaring dan lantang penjual sayur itu. Sudah sahaja suaranya itu amat nyaring lagi membingitkan. Saya berasa sangat jelek dan tidak tertarik langsung untuk membeli sayur atau buah daripadanya.

Kredit : Gambar hiasan /NSTP

Dari hati saya yang sakit dan telinga yang bingit ini, penjual sayur ini tidak ada langsung kualiti dan secara bersederhana dalam menjalankan perniagaannya seperti mana peniaga lain. Lagak dan gayanya itu seperti dia sahaja yang mahu menang dan mendahului penjual lain.

Kerana jelek dan berasa malu dengan kelakuannya, saya tidak mahu membeli sayur atau buah daripadanya walaupun kadangkala dilihat sayur-sayuran dan buah-buahannya lebih segar dari gerai yang lain. Saya lebih rela berpaling dan pergi membeli di tempat lain yang lebih jauh.

Pada suatu hari, ditakdirkan daerah dan penempatan saya telah dilanda banjir besar. Bekalan makanan dan keperluan di rumah saya semakin berkurangan dan saya pula tidak boleh bergerak lebih jauh. Mahu tidak mahu, saya terpaksa keluar  mencari bekalan makanan dan keperluan yang berada berdekatan rumah sahaja.

Kredit : Gambar Hiasan/ Astro Awani

Saya pergi ke pasar itu dan dalam hati saya, “Kalau penjual itu ada, saya akan membeli sahaja darinya. Tetapi dalam keadaan banjir besar begini, dia masih mahu menjual ke?” Tetapi kemudian saya telah melihat gerai menjual sayurnya dibuka dan perniagaan berjalan seperti biasa. Tetapi penjualnya tidak berada di situ.

Pada fikiran saya, mungkin penjual ini sedang bersiap dan berkemas hasil jualannya untuk berangkat pulang. Kemudian saya mahu berpaling sahaja dan berfikir, jika tiada penjual di sini, saya pergi sahaja mengharungi banjir dan membeli sahaja di pasaraya yang jauh itu.

Apabila kaki saya mahu melangkah pergi, saya telah terdengar suara orang berteriak, “Timun segar, timun segar!” Suara itu macam pernah didengar, tetapi entah mengapa ia tidak berbunyi menjelekkan dan bingit seperti dahulu. Saya pun mendekati gerainya dan melihat sayur-sayurannya . Dan seperti biasa, ia lebih segar dan nampak lebih elok dari yang berada di pasaraya.

Penjual sayur ini nampaknya lebih rajin dan pandai memilih hasil jualannya untuk dijual kepada pembeli.

Dia menawarkan dan memberi cadangan kepada saya untuk memilih sayur-sayuran yang elok dan segar. Setelah saya dapat memilih sayur kesukaan saya, penjual sayur ini mengambil kesempatan dengan meminta saya memilih dan membeli buah-buahan pula dengan sopan.

Kredit : Pixabay

Tetapi saya tidak suka melihat buah-buahan yang terdedah begitu. Saya menjenguk dan melihat ada buah yang ditutup dengan kain. Saya menunjukkan buah yang ditutup itu dan bertanya kepada penjual sayur ini, “Buah apa tu? Tembikai ke?”

Kemudian penjual sayur itu telah ketawa besar dan berkata, “Tembikai? Oh! Bukanlah! Ini lebih berharga dari tembikai!”

Kemudian dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya kepadanya. “Habis tu, buah apa?”

Penjual sayur ini menjawab, “Ini pasangan saya, isteri saya… “

Penjual sayur ini membuka kain yang saya fikir menutupi tembikai itu. Di bawah topi hijaunya, saya melihat seorang wanita terbaring dengan wajah yang bengkak dan berwarna kekuningan. Wanita ini seperti sedang sakit tenat.

Penjual sayur ini kemudian telah menutup kain itu kembali dengan berhati-hati dan mengusap isterinya. Pada saat itu, hati saya tiba-tiba menjadi sayu dan memutuskan untuk tidak menerima wang baki daripadanya.

Penjual sayur ini kemudian berkata dengan nada sedih, “Hendak meninggalkannya di rumah, saya takut bila-bila masa sahaja dia akan meninggalkan saya. Bila dibawa keluar begini, kasihan pula dia terbaring tidak selesa di sini.”

Saya bertanya lagi, “Tidak boleh disembuhkan?”

Sambil tangan penjual sayur ini mengira wang baki saya, dia berkata,”Doktor kata sudah terlambat. Saya hanya boleh menjual sayur ini untuk membelikan isteri saya ubat penahan sakit agar dia dapat bertahan dan tidak terlalu sakit.”

Kredit : Pinterest

Penjual sayur ini selesai mengira wang baki saya dan mahu mengembalikannya kepada saya. Saya menggelengkan kepala menandakan untuk menolak menerima wang baki itu. Hati saya tiba-tiba menjadi sakit dan hiba.

Saya melambaikan tangan kepadanya dan segera pulang ke rumah. Tiba-tiba saya menjadi insaf dan hari saya telah berubah dengan serta merta pada hari itu.

Saya berasa sangat sedih dengan diri sendiri. Selama ini saya berfikir, diri ini pandai benar menilai orang lain. Saya berfikir diri saya sahaja yang selalu benar kerana saya seorang yang terpelajar dengan berkelulusan tinggi dari universiti. Saya sangat pintar dan mengetahui banyak perkara, dalam segala hal. Saya menjadi bongkak dengan perkara yang tidak seberapa ini.

Tetapi, saya tidak memahami apa yang terselindung di sebalik perasaan girang dan riang penjual sayur itu ketika menjual sayur-sayuran dan buah-buahannya.

Gerainya berada dekat sahaja dengan rumah saya dan saya tidak mahu membeli daripadanya kerana saya berasa jelek melihat penampilan dan gayanya  yang tidak menarik perhatian. Jelas, saya sama sekali tidak pintar, tetapi seorang yang masih berfikiran sempit. Saya berasa sangat bersalah dan tersilap dalam menilai orang lain kerana tidak berfikir dengan baik.

Ekoran melihat peristiwa tersebut, saya telah duduk dan merenung diri sendiri. Ada banyak perkara dalam dunia ini yang tidak menampakkan kebenaran berdasarkan apa yang dilihat di luar. Kita melihat penampilan orang lain, tetapi kita tidak memahami mereka kerana kita tidak mendekati mereka.

Mengapa kita memutuskan untuk membuat penilaian kepada orang lain dengan berdasarkan pengalaman yang hanya dialami oleh kita seorang sahaja tanpa melihat perspektif mereka.

Setiap seorang dari manusia itu, mempunyai pengalaman dan sifat yang berbeza. Jangan menilai sesuatu perkara berdasarkan dengan apa yang yang dilihat. Apabila melihat, cuba memahami dan mengasihi serta berfikir. Dan perkara itu yang menjadi keutamaan dalam kehidupan ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...