Pengguna Touch ‘n Go akan dapat membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar mereka tidak lama lagi Hidayah 10/01/2018 tweet Related Posts Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Kemalangan trampolin paling epik! Memang seronok dapat melompat tapi silap langkah habislah anda… KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Seorang pelancong Taiwan terlantar di hospital setelah menjadi mangsa ragut berdekatan Masjid Negara Detik cemas polis bantuan terjun jambatan demi menyelamatkan seorang wanita yang cuba bunuh diri Share this on WhatsAppTouch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) telah menerima kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengendalikan dan menawarkan perkhidmatan e-wallet mudah alih di negara ini. Kredit: BNM Dengan menggunakan perkhidmatan e-wallet mudah alih, rakyat Malaysia akan dapat membuat pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad untuk membeli-belah dalam talian, membayar bil, membuat pembelian runcit serta pemindahan dana dari satu akaun ke akaun yang lain. Kredit: postimg.org Hanya dengan menggunakan kod QR untuk membuat pembayaran, perkhidmatan tersebut akan memanfaatkan platform teknologi Ant Financial’s Alipay, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital yang terkemuka di dunia. Menurut laman web Alipay, kini perkhidmatan itu menyokong lebih daripada 520 juta pengguna. Pada masa ini, Alipay e-wallet di Malaysia hanya boleh digunakan oleh warganegara China, manakala mereka yang mempunyai akaun Alipay Malaysia hanya boleh menggunakannya untuk pembelian yang dilakukan di laman web e-dagang Lazada. Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Syahrunizam Samsudin berkata inisiatif ini menyokong aspirasi kerajaan untuk mempercepatkan pembentukan ekosistem pembayaran digital yang mantap dan terjamin. Kredit: Utusan Katanya lagi kepada New Straits Times, Touch ‘n Go sudah menjadi pilihan nombor satu dalam micropayment (bayaran secara atas talian untuk sejumlah wang yang sangat kecil) dan pihak syarikat melihat penawaran tersebut sebagai tambahan untuk menguatkan nilai saranan mereka dalam usaha menggalakkan negara dan pelanggan membuat pembayaran secara digital. Kredit: The Sun Daily Dengan perkembangan perkhidmatan itu, pihak Touch ‘n Go mengharapkan pengguna semasa mereka yang kebanyakannya menggunakan Touch ‘n Go untuk membayar tol, transit dan tempat letak kereta untuk segera mendaftar masuk ke sistem pembayaran baru. Sumber: NST Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:NASIONAL ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Lelaki ini ‘hilang’ selama 40 tahun. Kemudian, satu video yang tular berjaya menyatukan semula lelaki ini dengan keluarganya Rakaman CCTV seorang penghantar makanan guna taktik licik untuk curi iPhone pemilik restoran Anjing keliru mengapa ia ‘ditahan’ polis kerana cuba menyerang seekor rusa. Lihat muka tidak bersalah itu… Kisah akan sentiasa diingati walaupun mereka telah tiada. Bagaimana kehidupan mangsa yang terselamat selepas tragedi Titanic? Pilihan Editor Seorang lelaki yang tidak dikenali membantu wanita ini mengawal dua orang anaknya yang tidak terkawal di dalam kapal terbang Ibu yang kreatif ini pandai menguruskan 5 orang anak perempuan kembarnya yang sangat comel Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan Wajah bakal bapa sebelum dan selepas kelahiran bayi tersayang. Begini rupanya perasaan mereka… Semasa berjalan di kawasan perlombongan, lelaki ini telah menyepak batu dan terkejut setelah melihat rupa sebenar batu itu! Kanak-kanak berusia 7 tahun ini terpaksa membawa adik lelakinya yang berusia 1 tahun ke kelas kerana dia tidak mahu ponteng sekolah 2018-01-10 Hidayah