Sudah acapkali kita mendengar sumpah janji pasangan yang bercinta untuk sehidup semati tetapi berapa ramai yang benar-benar menunaikan kata-kata mereka itu? Kisah pasangan kekasih ini nampaknya bukan hanya mainan kata-kata sahaja tetapi mereka telah membuktikannya melalui tindakan murni yang paling menyentuh hati. Ikuti kisah mereka ini…

David Mosher, 35 tahun dan kekasih hatinya Heather Lindsay, 32 tahun baru-baru ini mendirikan rumah tangga di sebuah hospital. Kisah perkahwinan yang menyahat hati itu menjadi tular di internet.

Menurut David, dia merancang untuk melamar Lindsay pada 23 Disember 2016 selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta. Mereka berdua bertemu doktor untuk menjalani ujian kesihatan dan pada hari itulah mereka dikhabarkan berita yang menyedihkan. Rupa-rupanya Lindsay menghidap kanser payudara dan kanser itu telah merebak ke kelenjar limfanya seperti yang dilaporkan oleh SunnySkyz.

Walaupun mereka diuji sebegitu hebat namun David tetap meneruskan niatnya untuk melamar Lindsay. Katanya, “Saya melamarnya. Kami melalui tahun yang sukar dalam hidup kami. Dia berjuang melawan kansernya melalui kemoterapi tradisional.”

Malangnya kanser itu telah merebak ke otak dan paru-paru Lindsay. Pada awalnya mereka merancang untuk berkahwin pada 30 Disember tetapi menurut doktor, Lindsay mungkin tidak akan dapat bertahan untuk tiba ke hari yang penuh bersejarah itu.

Lalu mereka memutuskan untuk mempercepatkan perkahwinan itu dan akhirnya pada 22 Disember, bertemankan keluarga dan rakan-rakan mereka berdua disatukan sebagai pasangan suami isteri. Suasana sungguh pilu, hadirin tidak dapat menahan air mata mereka ketika menyaksikan perkahwinan David dan Lindsay.

Lindsay tetap nampak jelita dalam pakaian pengantin walaupun dia hanya baring terlantar di atas katil. David dan Lindsay di bawa ke gereja hospital dan di situlah mereka disatukan.

Lapan belas jam kemudian, Lindsay meninggal dunia.

Foto perkahwinan mereka telah menyentuh hati netizen di seluruh dunia.

“Ini merupakan masa yang menyayat hati, tetapi saya gembira cerita ini membawa harapan kepada ramai orang,” kata pengiring pengantin dan jurugambar Christina Karas kepada TODAY. “Orang ini berada dalam saat terakhir dan masih merasakan keseronokan ini.”

Kredit gambar: christina.lee.photography

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds