Seorang nenek dari Varanasi, India telah memakan ‘sand-wich‘ sejak 60 tahun yang lalu dan mendakwa itu adalah diet unik yang merupakan rahsia kesihatan dirinya. Apakah ‘sand-wich‘ yang dimaksudkan oleh nenek berusia 78 tahun ini sebenarnya?

Sand-wich‘ yang dimaksudkan oleh Kusma Vati ialah pasir. Benar, pasir!

Menurut nenek Kusma, dia ketagih untuk memakan pasir dan batu kelikir malah dia telah menghabiskan berjam-jam lamanya untuk mencari makanan utamanya itu. Sekiranya dia tidak bernasib baik, dia akan mengigit-gigit dinding rumahnya. Biar betul?

Seleranya yang aneh itu telah membuatkan ramai orang yang tinggal berdekatan dengan rumahnya berasa pelik dan apa yang lebih mengejutkan ialah nenek Kusma mendakwa bahawa dia tidak pernah jatuh sakit sejak memakan tanah dan batu kelikir.

Kata nenek Kusma: “Saya telah memakan pasir dan batu kelikir selama 63 tahun, sekarang saya suka memakannya dan saya tidak fikir ia memberi sebarang kesan buruk.”

Nenek Kusma memberitahu bahawa dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah di dalam perut dan mulut. Dia juga tidak menghadapi kerosakan gigi malah giginya menjadi lebih kuat dan baginya tiada masalah untuk mengigit batu yang lebih keras.

Katanya lagi, “Saya tidak pernah berjumpa dengan doktor kerana tidak perlu, seingat saya, saya berasa sihat sahaja.”

Sejak umurnya 15 tahun, nenek Kusma telah memakan pasir dan pada mulanya dia mengalami sakit perut yang teruk namun masalah itu tidak berpanjangan. Kini baginya memakan pasir sebanyak 2 kilogram setiap hari adalah perkara biasa.

Ujar nenek Kusma lagi, dia merasakan mineral di dalam pasir itu memberi tenaga kepadanya untuk terus bekerja di ladang tanaman. Disebabkan itulah, dia tidak merancang untuk bersara dalam masa terdekat daripada pekerjaannya sebagai pekerja ladang walaupun umurnya hampir mencecah 80 tahun.

Bukan orang luar sahaja yang berasa pelik dan bimbang dengan keadaan nenek Kusma itu, cucunya sendiri juga pernah merayu supaya dia menghentikan tabiat anehnya itu namun dia tidak faham mengapa mereka memintanya berhenti makan makanan utamanya itu.

“Saya sihat dan terima kasih kepada pasir yang mana merupakan rahsia kesihatan saya.” kata nenek Kusma.

Memang pelik selera nenek Kusma ini bukan? Tetapi itulah kenyataannya. Jika sebelum ini kita biasa mendengar orang memakan tisu, kertas dan bukannya nasi, kali ini kita didedahkan dengan kisah seorang manusia yang memakan pasir dan batu kelikir sebagai makanan utamanya!

Sumber: Daily Mail

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds