BISNES, Ekonomi, NASIONAL

Mydin bakal menjual kedai runcit premiumnya, SAM’s Groceria ekoran kerugian

Mydin bakal menjual kedai runcit premiumnya, SAM’s Groceria ekoran kerugian

Menurut laporan kewangan harian The Edge pada Isnin (8 Januari), pengendali dan peruncit hypermarket tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd sedang dalam perancangan untuk mengurangkan kerugian dengan menjual kedai SAM’s Groceria.

Sumber: Lin Gopi/Google

Kedai pertama SAM’s Groceria mula dibuka pada tahun 2013 di Pulau Pinang setelah Mydin Holdings menembusi segmen pasaran barangan premium. Kini, terdapat 4 buah kedai di seluruh Malaysia iaitu di Gurney Paragon Mall, Straits Quay dan Sunway Carnival Mall di Penang, serta Nu Sentral di Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata perniagaan barangan runcit premium tersebut dianggarkan bernilai RM50 Juta. Idea dan keputusan untuk menjual kedai berkonsepkan premium tersebut muncul setelah Mydin mengenalpasti kedai barangan runcit premium berkenaan gagal memenuhi keperluan pasaran.

Sumber: postimg.org

SAM’s Groceria atau sebenarnya bermaksud ‘Saya Anak Malaysia’, telah menawarkan pelbagai rangkaian produk – lebih 18,000, di mana 60% daripada barangan yang dijual adalah jenama yang diimport daripada luar. Sungguhpun begitu, pelanggan mungkin telah berpaling kepada pesaingnya kerana keterbatasan pasaraya berkenaan dalam menawarkan barangan berdasarkan kepada demografi pengguna semasa.

“Kami memutuskan untuk menjual SAM’s Groceria setelah menyedari bahawa majoriti pelanggan kami adalah terdiri daripada kaum Cina dan ekspaktariat tempatan. Walau bagaimanapun, kami tidak menjual arak dan daging khinzir, yang menyebabkan keperluan mereka tidak dapat dipenuhi,” jelas Ameer.

Mydin ada membuat kenyataan pada laman web rasminya, bahawa syarikat berkenaan ‘beroperasi berteraskan konsep halal, di samping menerapkan kejujuran, ikhlas dan disiplin dalam keseluruhan aspek perniagaan’. Oleh yang berkenaan, pihaknya berasakan bahawa penjualan SAM’s Groceria adalah sebahagian daripada rancangan penyusunan semula aspek dalaman syarikat.

Agensi penarafan terkemuka di Malaysia, Ram Ratings, berkata pada bulan yang lalu bahawa Mydin Holdings telah mengalami kerugian besar kerana ia mengalami kesulitan menggunakan harga yang sesuai selepas GST diperkenalkan dan kerajaan melaksanakan langkah-langkah anti-pengambilalihan. Ia adalah resolusi isu harga pada pertengahan bulan Mac 2017 yang mengakibatkan peningkatan pendapatan dan kerugian operasi.

Menurut laporan lagi, Mydin Holdings menjual kedai Mymydin yang mengalami kerugian kepada Jubilee Games Sdn Bhd pada April 2017. Mydin Holdings juga menjalankan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) melalui anak syarikatnya, MRT Retail Sdn Bhd, sehingga ia menghentikan operasi pada Oktober 2017.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...