Aneh, INSPIRASI

Jurugambar bertuah dapat rakam gambar rakun menumpang atas badan buaya ketika berada di sungai

Jurugambar bertuah dapat rakam gambar rakun menumpang atas badan buaya ketika berada di sungai

Seorang jurugambar sangat bertuah apabila dia dapat melihat pasangan haiwan yang pelik di hadapan matanya sendiri ketika dia mengembara bersama keluarganya di Hutan Negara Ocala, Florida.

“Kami sedang berjalan di sepanjang sungai Oaklawaha dan melihat beberapa buaya sedang memanaskan badan pada waktu pagi.” kata Richard Jones.

“Anak lelaki saya pergi ke arah pohon sawit untuk melihat daripada sudut yang berbeza dan terlihat rakun yang ketakutan.”

Menurut Richard, mungkin rakun itu tertidur dan terjatuh ke dalam air dan secara tidak sengaja berada di atas badan buaya. Jika tiada orang yang mengetahui kisah sebenar, pasti mereka menyangka rakun itu menumpang buaya untuk menyeberangi sungai.

Richard sangat bertuah kerana dia bukan sahaja dapat melihat peristiwa yang jarang berlaku seperti itu malah sempat mengambil gambar dua ekor haiwan tersebut sebelum rakun itu terjun dari buaya dan melarikan diri.

Kegembiraan Richard kerana mengalami peristiwa luar biasa tidak berakhir di situ apabila dia memutuskan untuk berkongsi gambar rakun, buaya dan sungai dengan Florida Times-Union melalui e-mail.

Sumber: Daily Mail

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...