6 cara berkesan dan mudah dalam mengatasi masalah kesihatan gigi menggunakan bahan semulajadi Azian 10/01/2018 tweet Related Posts Orang Jepun memang bersopan santun, lihat sahajalah apa yang dilakukan pada bagasi penumpang di lapangan terbang… Perahu karam, seorang gadis Bajau bertindak pantas dengan menunjukkan teknik untuk menyelamatkan perahu tersebut KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Ibu yang kreatif ini pandai menguruskan 5 orang anak perempuan kembarnya yang sangat comel Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan Share this on WhatsAppSenyuman yang manis dan sempurna merupakan satu daya tarikan kepada wajah yang menjadi idaman kebanyakan dari kita semua. Malangnya, terdapat banyak faktor yang boleh memudaratkan kesihatan gigi anda seperti merokok, meminum kopi dan teh serta kurangnya kesedaran dalam penjagaan kesihatan gigi. Tabiat seharian yang kita lakukan telah mengundang masalah kepada kesihatan gigi seperti plak gigi. Tidak semua di antara kita yang mampu berjumpa doktor gigi secara kerap demi memastikan kesihatan gigi dijaga dengan baik dan sempurna. Jika anda mahu mengurangkan masa bertemu doktor gigi, dibawah adalah 6 cara menggunakan bahan semulajadi yang berkesan dan mudah untuk mengatasi masalah pergigian. 1. Soda bikarbonat Kredit : pixabay Soda bikarbonat telah biasa diamalkan sebagai penyental semulajadi pada tubuh badan dan sering menjadi bahan yang digunakan sebagai agen pemulihan. Untuk membersihkan gigi menjadi putih dan sihat, campur satu sudu besar soda bikarbonat dengan secubit garam dan letakkan ia pada berus gigi yang basah seperti ubat gigi dan berus gigi anda seperti biasa. 2. Aloe Vera dan gliserin Kredit : pixabay Untuk membuat ubat gigi semulajadi yang amat berkesan ini , anda memerlukan: Satu cawan air 1/2 cawan soda bikarbonat. 1 sudu gel Aloe Vera 4 sudu gliserin sayuran 1 sudu minyak pati lemon. Kacau sebati bahan ini dan jadikan seperti pes ubat gigi. Gosok gigi dengan adunan ini setiap hari dan anda akan nampak perubahan pada gigi yang akan kelihatan lebih putih, berseri dan sihat. 3. Kulit oren Kredit : pixabay Selepas anda memakan oren, kulitnya jangan dibuang. Gosok kulit oren di atas gigi anda. Ia adalah cara paling mudah bagi menyingkir enamel gigi. Kulit oren mampu memutihkan gigi anda dengan membuang kekotoran dan membasmi bakteria. Selepas selesai menggosok kulit oren ke atas gigi selama beberapa minit, bilas mulut dengan air bersih dan gigi anda akan nampak bersih, segar dan bersinar. 4. Bijan Kredit : pixabay Anda boleh mengambil segenggam bijan dan masukkan ke dalam mulut. Kunyah bijan ini selama beberapa minit dan buang hampasnya. Ini adalah cara paling mudah untuk membersihkan gigi kerana dengan pengamalan menyunyah bijan, ia akan beransur-ansur menyingkirkan plak gigi. Gunakan bijan sebagai penyental gigi dan selepas itu berus gigi anda dengan ubat gigi secara biasa. 5. Masker gigi bervitamin Kredit : pixabay Cara membuat masker gigi ini ialah dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C dan kisarkan ia menjadi lumat seperti pes. Masker gigi dapat menghalang plak gigi dari berlaku. Sebagai contoh, kisar sebiji tomato, strawberi dan oren sebagai pes dan tampal sebagai masker ke atas gigi. Biarkan selama 5 hingga 6 minit dan kemudian bilas mulut dan gigi anda dengan bersih. Ini akan membantu membasmi pembiakan bakteria di dalam mulut dan akan menyegarkan nafas anda. 6.Cuka. Kredit : pixabay Cara ini mungkin tidak digemari kerana rasanya sememang tidak sedap. Tetapi cuka merupakan cara semulajadi paling berkesan dalam membersihkan gigi anda tanpa memberi sebarang kerosakan kepada gigi. Caranya, ambil 2 sudu besar cuka, 1 sudu besar garam dan 125 mililiter air. Campurkan kesemua bahan ini. Berkumur bersamanya dan bilas dengan air bersih. Lakukan cara ini selama beberapa hari untuk mendapatkan kesan yang maksima. Diharap anda dapat memilih dan mencuba cara semulajadi di atas untuk mendapatkan gigi yang sihat, segar , cantik dan berseri. Sumber : brightside.me Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:GAYA HIDUP KESIHATAN ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Lelaki ini ‘hilang’ selama 40 tahun. Kemudian, satu video yang tular berjaya menyatukan semula lelaki ini dengan keluarganya Rakaman CCTV seorang penghantar makanan guna taktik licik untuk curi iPhone pemilik restoran Anjing keliru mengapa ia ‘ditahan’ polis kerana cuba menyerang seekor rusa. Lihat muka tidak bersalah itu… Kisah akan sentiasa diingati walaupun mereka telah tiada. Bagaimana kehidupan mangsa yang terselamat selepas tragedi Titanic? Pilihan Editor Seorang lelaki yang tidak dikenali membantu wanita ini mengawal dua orang anaknya yang tidak terkawal di dalam kapal terbang Ibu yang kreatif ini pandai menguruskan 5 orang anak perempuan kembarnya yang sangat comel Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan Wajah bakal bapa sebelum dan selepas kelahiran bayi tersayang. Begini rupanya perasaan mereka… Semasa berjalan di kawasan perlombongan, lelaki ini telah menyepak batu dan terkejut setelah melihat rupa sebenar batu itu! Kanak-kanak berusia 7 tahun ini terpaksa membawa adik lelakinya yang berusia 1 tahun ke kelas kerana dia tidak mahu ponteng sekolah 2018-01-10 Azian