INSPIRASI, KESIHATAN, VIDEO

【Video】Petua mudah! Bola tenis boleh melegakan sakit otot dan ketegangan

【Video】Petua mudah! Bola tenis boleh melegakan sakit otot dan ketegangan

Setiap hari kerana sibuk mengharungi kehidupan , kita akan tidur hanya beberapa jam sehari. Kita akan bangun pada waktu pagi dan pulang pada  waktu petang  mengharungi kesesakan orang ramai menaiki keretapi transit dan komuter dan yang memandu berada di dalam kesesakan jalan raya setiap hari.

Apabila berada di pejabat, kita akan duduk selama beberapa jam di kerusi yang tidak selesa menghadap skrin komputer. Keadaan yang sibuk dalam kehidupan setiap hari akan membuatkan kita mengalami stres dan masalah sakit pada anggota badan apabila berasa letih. Selalunya ia membabitkan sakit pada bahagian belakang , tengkuk dan kaki.

Terdapat cara dan petua yang mudah bagi melegakan rasa sakit otot dan ketegangan di bahagian ini dan ia dengan menggunakan satu benda yang murah iaitu bola tenis.

Gunakan ia dengan melakukan senaman-senaman yang mudah ini sekerap yang anda boleh dan termampu. Mungkin anda boleh mengelakkan untuk berjumpa dengan pakar fisioterapi atau kiropraktik selepas ini.

1.Sakit belakang

Sumber : healthhacks

Untuk meredakan tekanan pada otot belakang yang disebabkan oleh postur duduk yang tidak betul atau berdiri sepanjang hari, cuba dengan senaman ini.

Baringkan diri anda. Letakkan dua bola tenis di bahagian belakang badan secara membujur di antara hujung pinggul dan rusuk. Berhati-hati jangan sampai meletakkan bola itu pada tulang belakang. Kemudian gerakkan punggung anda di kedua belahnya , supaya bola itu dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan mengurutnya.

Jika anda mahu, anda boleh meletakkan bola tenis itu di dalam stokin supaya ia tidak berguling keluar. Dengan beberapa gerakan, carilah tekanan yang selesa buat anda sehingga selesai. Jika anda mahu, lakukan senaman ini pada tempat yang lebih lembut dan letaklah kusyen di belakang kepala anda.

2.Sakit tengkuk

Sumber : healthhacks

Untuk melegakan otot di bahagian ini, baringkan belakang anda dilantai, regangkan kaki anda dan letakkan dua biji bola tenis pada dasar tulang kepala di bawah tengkuk anda supaya kepala anda boleh berehat di atasnya.

Tekankan jejari kaki anda dan tolak bola -bola itu perlahan-lahan naik ke atas supaya anda dapat merasai regangan di tengkuk anda. Selepas merasa regangan tersebut, rehatkan jejari kaki anda dan tarik nafas panjang sebanyak 10 kali.

3.Sakit pinggang

Sumber : healthhacks

Sakit di bahagian pinggang biasanya terjadi apabila anda memakai kasut yang tidak selesa atau anda telah duduk pada jangka waktu yang agak lama. Untuk melegakan kesakitan ini, baringkan diri di atas lantai.

Letakkan bola tenis di satu bahagian salah satu antara pinggang dan gunakan ia sebagai penyokong. Apabila anda menemui imbangan badan, gerakkan pinggang anda dengan pusingan sebanyak 12 kali secara perlahan dengan satu arah dan kemudian arah berlawanan . Kemudian ulang di bahagian yang sebelah lagi dengan cara yang sama.

4.Sakit bahu.

Sumber : healthhacks

Melegakan sakit bahu amat mudah sekali. Baringkan diri anda di lantai dengan lutut anda dibengkokkan. Letakkan bola tenis di antara bilah bahu dan tulang belakang anda. Dengan perlahan gerakkan lengan anda dengan regangan keluar ke atas badan dan kepala dengan gerakan putaran.

Pastikan anda mendapat tekanan yang selesa.

5.Sakit lutut dan otot kaki

Sumber : healthhacks

Sekiranya anda mendapati yang lutut anda sakit , senaman ini mungkin akan membantu.

Dalam posisi duduk, bengkokkan satu lutut dan letakkan bola tenis di belakangnya. Tarik kaki anda dan tekan bola itu di antara betis dan paha anda. Tekan dengan kuat dengan mengira hingga 10 dan ulanginya sebanyak 8 hingga 10 kali. Ulangi cara yang sama dengan lutut yang satu lagi.

6.Zon reflek pada kaki.

Sumber : healthhacks

Dengan senaman ini, letakkan bola tenis di atas lantai dan gulingkan ia dengan kaki anda di atasnya.

Anda boleh mengukur sendiri berapa banyak tekanan yang anda berasa selesa. Gulingkan bola itu dengan menumpukan pada pergelangan kaki, tumit dan tapak kaki selama 30 hingga 60 saat. Setelah selesai, lakukan cara yang sama pada kaki yang satu lagi.

7.Urutan tangan

Sumber : healthhacks

Menggunakan tetikus pada komputer setiap hari menyebabkan tangan boleh menjadi bengkak.

Duduk di lantai. Letakkan satu tangan pada satu bola tenis. Letakkan satu tangan lagi di atas dan berikan tekanan , dengan cara meremukkan bola itu berlandaskan berat badan anda. Tunggu dalam posisi itu selama satu minit dan bernafas dengan sedalamnya. Kemudian gerakkan bola itu dari kiri ke kanan dan atas ke bawah di permukaan tangan anda dengan urutan selama 2 hingga  ke 3 minit.

Ulangi di tangan yang satu lagi dengan cara yang sama.

Anda juga boleh melakukan senaman ini di dinding ketika berdiri. Ambil sahaja bola tenis dan letakkan ia pada tengkuk, bahu atau bahagian belakang  dan memusingkan ia dengan pergerakan lutut.

Walaupun bola tenis itu agak keras dan tidak selesa, anda akan merasa perbezaannya selepas melakukan senaman ini. Anda akan mendapati yang otot-otot anda lebih relaks dan akan  mengharungi hari dalam keadaan yang segar dan bertenaga. Siapa sangka dua bola tenis boleh melegakan otot-otot anda.

Lihat video ini :

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...