INSPIRASI, KESIHATAN

Urin dan kesihatan, ini dia 7 warna urin yang boleh menceritakan tentang tahap kesihatan anda

Urin dan kesihatan, ini dia 7 warna urin yang boleh menceritakan tentang tahap kesihatan anda

Ia mungkin terdengar aneh, tetapi sebenarnya setiap kali anda ke tandas anda mempunyai peluang untuk memeriksa sendiri tahap kesihatan anda. Bunyi mudah bukan?

Tetapi sebelum itu anda harus tahu bagaimana untuk melakukan pemeriksaan tersebut. Dengan memeriksa warna air kencing anda, anda dapat melihat sama ada badan anda berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Berikut adalah warna air kencing yang boleh memberitahu anda sedikit sebanyak mengenai tahap kesihatan anda. Jangan lupa berjumpa doktor jika anda menemukan sesuatu yang tidak normal dalam warna urin anda.

#1 Oren

Beberapa ubat anti-radang (Azulfidine), ubat kemoterapi, dan julap serta senna boleh menyebabkan warna oren dalam urin. Penggunaan lebih banyak vitamin B2 atau beta-karoten (lobak merah) juga boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Tetapi jika anda tidak menggunakan mana-mana ubat-ubatan seperti di atas, maka:

  • Minum banyak air. Dehidrasi boleh menyebabkan air kencing menjadi sangat pekat dan berubah warna dari kuning gelap kepada oren. Hanya dalam beberapa jam, ia sepatutnya kembali kepada warna kuning biasa yang lebih jernih.
  • Periksa mata anda. Jika anda melihat sebarang warna kekuningan pada mata putih anda, maka urin berwarna oren boleh menjadi tanda bahawa hati anda tidak berfungsi dengan baik. Anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

#2 Merah jambu dan kemerahan

Ia mungkin membimbangkan untuk melihat air kencing berwarna merah atau merah jambu, tetapi ia tidak semestinya serius kerana ia boleh disebabkan oleh makanan atau ubat-ubatan. Sebelum anda menjadi lebih bimbang, periksa dahulu sebab-sebab urin anda menjadi warna ini.

  • Makanan: Jika anda memakan bit, blackberry, atau rubarb, maka anda tidak perlu risau. Makanan ini boleh menyebabkan urin anda bertukar warna merah dan biasanya warna urin akan bertukar ke warna asal selepas satu hari. Sekiranya tidak, anda perlu bertemu dengan doktor.
  • Ubat: Antibiotik tertentu (seperti Rifadin dan Rimactane) yang digunakan untuk merawat tuberkulosis boleh menyebabkan kemerahan dalam warna urin. Phenazopyridine, yang digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing, dan julap yang mengandungi senna juga boleh menjadi sebab warna merah jambu.
  • Darah: Darah dalam air kencing anda boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing, penyakit buah pinggang, kanser, tumor, pundi kencing atau batu karang. Jika anda melihat ada bekuan darah atau tisu lain dalam air kencing anda, jumpa doktor anda dengan segera.

#3 Hijau atau biru

Ia mungkin mengejutkan untuk melihat warna ini, tetapi ia jarang berlaku tapi masih boleh disebabkan oleh:

  • Makanan: Makan makanan yang mempunyai pewarna tiruan atau asparagus. Tidak perlu risau kerana warna urin akan kembali normal dalam masa sehari atau dua hari.
  • Ubat: Beberapa jenis ubat (seperti Amitriptyline, Indomethacin, dan Propofol) boleh menyebabkan perubahan warna dalm urin.

Perhatian: Jika anda tidak terdedah kepada mana-mana di atas, anda perlu menghubungi doktor anda. Warna hijau boleh menandakan jangkitan saluran kencing yang jarang berlaku yang disebabkan oleh bakteria Pseudomonas. Bakteria itu juga boleh menyebabkan batu karang.

#4 Coklat

Jika anda melihat warna coklat dalam air kencing anda, ia boleh menjadi tanda dehidrasi. Antara makanan yang boleh mengubah air kencing menjadi coklat ialah pengambilan kacang rhubarb dan fava. Tetapi lebih baik jika anda mendapat pemeriksaan doktor, terutamanya jika anda minum banyak air tetapi warna tersebut masih tidak hilang. Urin berwarna coklat boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah hati dan buah pinggang.

#5 Berbuih 

Mempunyai air kencing berbuih dari semasa ke semasa adalah normal dan biasanya disebabkan oleh kelajuan kencing. Tetapi jika ia terus kembali dan lebih ketara dari semasa ke semasa, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Urin berbuih boleh menjadi petanda kepada protein dalam air kencing anda dan perkara ini memerlukan penilaian profesional kerana jumlah buih yang banyak sebenarnya dapat menandakan ada mengalami masalah buah pinggang yang serius.

#6 Jernih

Jika air kencing anda benar-benar jernih, itu adalah tanda bahawa anda minum terlalu banyak air. Ini boleh menyebabkan risiko tertentu terutama dapat mencairkan garam di dalam badan anda. Ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan kimia yang dalam tubuh anda.

#7 Kuning pucat, telus kuning, kuning gelap

Warna-warna ini bermakna anda tidak perlu risau. Warna urin yang ideal ialah warna kuning keemasan yang pucat. Kuning pucat menunjukkan keseimbangan yang baik dalam jumlah air yang diminum. Apa yang perlu diingati ialah lebih pekat urin anda bermakna anda perlu minum lebih banyak air.

Kredit gambar: © Depositphotos

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...