INSPIRASI, KESIHATAN

Perut gadis 23 tahun bagai seorang wanita mengandung. Apabila gadis ini tiba-tiba rebah dan ambulans tiba, segalanya sudah terlambat

Perut gadis 23 tahun bagai seorang wanita mengandung. Apabila gadis ini tiba-tiba rebah dan ambulans tiba, segalanya sudah terlambat

Bagi setiap doktor yang berada di unit kecemasan, keputusan yang dibuat dalam setiap situasi kecemasan amat mencabar dan mereka harus berfikiran terbuka. Dalam setiap saat dan keadaan, para doktor berdepan dengan pesakit yang perlu diselamatkan nyawanya dan mereka perlu membuat keputusan segera dan mencabar demi menentukan masa depan pesakit yang telah ditakdirkan.

Pada satu hari tepat pada jam 7 malam, sebuah hospital menerima panggilan kecemasan. Sebuah ambulans telah tiba di tempat kejadian dan doktor paramedik yang bertugas memberikan diagnostik segera kepada pesakit ini.

Doktor ini telah mendapati denyutan nadi pesakit telah hilang, nafasnya telah berhenti, anak matanya tidak lagi memberikan respon dan mesin elektrokardiogram menunjukkan garisan yang lurus.

Ini adalah tanda pesakit telah meninggal dunia. Gadis muda yang malang ini tidak lagi dapat bertahan untuk menunggu ketibaan doktor.

Apabila doktor mengumumkan kepada keluarganya yang gadis ini telah meninggal dunia, ibunya telah meraung dan tidak mempercayai bahawa anak gadisnya telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Ibu ini telah merayu kepada doktor dengan berkata,”Tolong doktor! Saya merayu, tolong selamatkan nyawa anak perempuan saya, tolong!”

Jelas sekali dari rayuan ibu ini, dia amat sedih dan patah hati.

Doktor ini berasa agak keberatan untuk mengumumkan kematian anak gadis ini  tetapi beliau terpaksa mengumumkan kenyataan yang amat memilukan ini, “Tiada lagi tanda-tanda gadis ini boleh diselamatkan apabila saya tiba dan tiada guna bagi saya untuk melakukan apa-apa usaha memberikan pertolongan kecemasan.”

Sesiapa sahaja akan berasa tidak terdaya apabila mereka berdepan dengan situasi yang seperti ini.

Dengan kematian mengejut gadis muda ini, kita perlu melihat kembali bagaimana keadaan kesihatannya yang terdahulu bermula tiga bulan yang lalu dan kita akan mendapat mengetahui jawapannya.

Tiga bulan yang lalu, seorang gadis bernama Xiao Jia yang berusia 23 tahun, telah pergi ke bilik kecemasan hospital dengan keadaan yang lemah. Xiao Jia memberitahu doktor yang dia mengalami masalah kesakitan perut yang teruk dan kitaran haidnya telah terhenti.

Perutnya telah mengembung dan menjadi besar seperti seorang wanita yang sedang mengandung.

Doktor mendapati Xiao Jia tidak mengandung. Keadaan yang menyebabkan perutnya kelihatan seperti seorang wanita yang mengandung itu adalah disebabkan oleh pengumpulan ‘ascites’ iaitu kumpulan cecair yang telah berkumpul di perut dan apa yang menyebabkan ‘ascites’ ini berlaku ialah kanser hati.

Dua tahun lalu, Xiao Jia telah memasuki universiti pilihannya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi antara pelajar universiti terbaik.

Xiao Jia berasal dari keluarga yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman. Anak gadis yang berjiwa tabah ini telah bertekad belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupannya di masa depan.

Semasa berada di universiti, Xiao Jia telah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan biasisiwa dan geran pendidikan. Xiao Jia belajar dengan rajin setiap hari sehingga larut malam dan kurang berehat. Untuk berjaga malam dengan terus belajar, Xiao Jia akan membakar satu minyak khas setiap hari.

Tetapi kebelakangan ini, Xiao Jia berasa sangat sakit pada bahagian perutnya dan mengalami demam dengan kerap. Xiao Jia tidak mempedulikan simptom tersebut dan hanya berfikir ia hanyalah demam biasa.

Keadaan perutnya semakin membesar hari demi hari sehingga rupanya seperti wanita yang hamil enam bulan. Terdapat gosip dari rakan-rakannya yang mengatakan Xiao Jia pernah dilihat pergi ke hospital.

Semasa Xiao Jia berada di hospital, doktor telah mendapati perutnya membuncit bukan disebabkan oleh angin tetapi cecair ‘ascites’ dan apabila diagnos dikeluarkan, Xiao Jia telah didapati mengidap kanser hati.

Sehingga tiga bulan kemudian, keadaan kesihatan Xiao Jia menjadi semakin buruk. Malangnya, Xiao Jia tidak dapat bertahan untuk menunggu ketibaan doktor. Dan Xiao Jia telah pergi buat selama-lamanya.

Selepas penderitaan Xiao Jia berakhir, doktor menerangkan sebab Xiao Jia mendapat penyakit kanser hati. Kemungkinan ia telah disebabkan oleh dua faktor.

Pertama: Berjaga dengan kerap pada setiap malam

Berjaga dengan kerap setiap malam akan menyebabkan kekurangan waktu tidur yang mencukupi untuk membolehkan anggota badan dapat berehat dan dipulihkan. Dalam erti kata lain, hati juga akan pulih dengan fungsinya yang bekerja pada waktu siang dengan berehat pada waktu malam melalui tidur yang mencukupi.

Jika kita tidak berehat dengan terus berjaga pada waktu malam, hati kita tidak akan dapat mengeluarkan toksin dari badan dan darah yang bersih dan baru tidak akan dapat dihasilkan.

Dalam jangka masa panjang, ia akan merosakkan sel hati sehingga ia menjadi semakin sukar untuk dibaiki lagi dan akan menjadi semakin buruk lalu membawa mudarat kepada tubuh badan.

Kedua: Kemurungan dan tekanan mental

Kebanyakan pesakit mengalami perubahan yang ketara dari segi kelakuan dan sikap mereka berikutan timbulnya emosi yang negatif seperti bersikap pesimis, berasa kecewa dengan diri sendiri, kebencian dan berputus asa.

Hati mempunyai fungsi mengubat dan membaiki. Dalam jangka masa panjang dengan mengalami kemurungan atau tekanan psikologi yang berlarutan, ia boleh merosakkan hati dan membawa mudarat yang akan menyebabkan peredaran darah yang tidak lancar, tekanan dan penyakit lain.

Jadi, bagaimana anda boleh mencegah dari mendapat kanser hati dan menjaga kesihatan hati anda?

1. Tidur yang mencukupi

Tidur dengan cukup pada masa yang ditetapkan setiap hari. Waktu tidur yang mencukupi itu adalah selama 7 jam sehari dan anda digalakkan masuk tidur sebelum jam 11 malam.

2. Pastikan emosi anda berada pada tahap yang stabil

Sentiasa berfikiran terbuka, berasa gembira, berada dalam emosi yang lapang dan ceria serta sentiasa bersikap optimistik. Jika anda sentiasa berfikiran begini, emosi dan perasaan anda akan dapat dilepas dan diluahkan. Perasaan yang lapang dan selesa secara tidak langsung akan memulihkan organ dalaman termasuk hati dan sistem imunisasi yang dapat mencegah diri dari mendapat penyakit yang memudaratkan.

3. Amalkan pengambilan makanan dan minuman dengan diet seimbang yang dapat membuang toksin dari tubuh badan

Makanan paling mudah untuk menjaga kesihatan hati anda ialah dengan meminum teh. Teh yang paling sesuai untuk memulihkan sel hati ialah teh akar dandelion dan magnolia. Dengan mengamalkan pengambilan teh ini dengan kerap, ia akan dapat membuang toksin di dalam badan dan membersihkan hati anda.

Teh akar magnolia dan dandelion yang mengandungi agen kolin ini terbukti dapat memberi kesan ‘hepatoprotaktif’ yang dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan sel hati dan melindunginya dari sel kanser.

4. Melakukan senaman

Melakukan senaman secara rutin sentiasa memberi manfaat kepada tubuh badan secara keseluruhannya. Dengan melakukan senaman, ia akan dapat meningkatkan tahap oksigen dalam tubuh badan dan membuang segala toksin yang terperangkap di dalam badan yang selalunya akan berkumpul di hati yang boleh memberi kemudaratan. Toksin akan dikeluarkan melalui peluh ketika senaman.

Senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kemampuan anda sendiri. Anda boleh berjalan, berlari, berenang atau melakukan senaman aerobik.

Senaman ini akan dapat membuang segala lemak yang telah berkumpul dengan banyak di hati. Dengan itu, hati anda akan menjadi lebih sihat dan tubuh badan menjadi segar.

Jadi menurut nasihat doktor, untuk mendapatkan hati yang baik, pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi, sentiasa berfikiran positif, makan dengan diet seimbang, minum air dengan banyak dan bersenam untuk mengekalkan cara hidup yang sihat.

Kredit: www.toutiao.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...