Warga emas bernama Wang kini sudah berusia 68 tahun. Keadaan kesihatannya tidak berapa baik dan beliau sering batuk dan amat sukar untuk pulih. Pada suatu hari, jiran Wang telah membawanya berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Apabila doktor ini melihat lidah Wang, beliau telah menyarankan Wang untuk memakan bahan masakan ini setiap hari.

Wang mengikuti nasihat doktor tradisional ini dan keputusannya telah menunjukkan tanda yang baik dan positif. Sebelum ini Wang sering berasa pening kerana mengidap tekanan darah tinggi. Selepas memakan halia yang dicadangkan oleh doktor tradisional ini, rasa sakit kepalanya telah semakin hilang dan jarang berlaku.

Kredit : livestrong.com

Sebelum ini, Wang tidak boleh meminum air sejuk. Setiap kali Wang meminum air sejuk, perutnya berasa sakit. Akan tetapi selepas memakan halia setiap hari, perutnya tidak lagi sakit dan kini beliau berasa selesa dan hangat.

Apabila perut berasa sejuk, ini menunjukkan bahawa terdapat banyak bakteria di dalamnya. Dengan memakan sejumlah halia setiap hari, bakteria yang terdapat di dalam perut akan mati dan dimusnahkan.

Seorang doktor yang merawat dan memeriksa Wang selepas itu telah menyarankan kepada Wang supaya terus memakan halia setiap hari. Apabila meminum teh panas yang kosong, Wang akan meletak beberapa hirisan halia ke dalamnya. Keputusannya, Wang tidak lagi merasa kesakitan pada bahagian belakang dan kakinya.

Kredit : stylecraze.com

Halia mempunyai pelbagai khasiat yang memberi manfaat kepada badan dan sangat berkesan. Jika kita membuatnya sebagai pes dan menampalnya di bahagian pusat, maka kita akan dapat melihat satu keputusan yang menakjubkan pada badan.

Fungsi sistem  pencernaan akan menjadi lebih baik dan sekiranya anda mempunyai masalah sembelit, ia akan beransur hilang dan pulih. Perut akan terasa ringan dan selesa. Masalah lelah dan badan yang selalu berasa sejuk juga akan dapat diatasi melalui cara ini.

Walaupun halia mempunyai banyak khasiat, namun kita perlu bijak menggunakannya. Jika tidak khasiat halia tidak akan dapat digunakan secara maksima.

Halia sememangnya satu bahan yang selalu digunakan dalam masakan seharian. Halia digunakan sebagai bahan untuk menyedapkan makanan dan mendapatkan aroma makanan menjadi lebih sedap. Untuk mendapatkan daging yang empuk, selalunya halia akan dicampurkan ke dalam air rebusan.

Kredit : thespruce.com

Halia atau nama saintifiknya zingiber officinale mempunyai rasa yang pedas dan keras. Atas sebab ini ramai yang tidak menyukai halia yang terbukti mempunyai banyak khasiat sebagai ubat penyembuh penyakit.

Halia kaya dengan kandungan kalium, fosforus, kalsium tenaga, karbohidrat, niasin, protein dan vitamin C. Kandungan gingeroles dalam halia dapat meningkatkan selera makan, dan membantu melancarkan perjalanan sistem pencernaan.

Ia juga mempunyai khasiat dalam melancarkan perjalanan darah, melapangkan pembuluh darah dan sistem pernafasan.

Dengan memakan beberapa hirisan halia mentah setiap hari pada cuaca yang sejuk, biasanya ia akan dapat memberi kehangatan kepada perut dan limpa disamping melancarkan sistem pencernaan.

Sekiranya anda berasa hilang selera makan, campurkan beberapa hirisan mentah halia ke dalam makanan, nescaya selera makan anda akan meningkat.

Kredit : nccih.nih.gov

Namun begitu, oleh kerana sifat halia yang panas, adalah tidak digalakkan ia diambil bagi mereka yang mengalami masalah sakit tekak, tekak yang kering dan masalah pembuangan air besar. Anda perlu meminum air dengan banyak terlebih dahulu bagi mengatasi masalah ini.

Pengambilan halia juga tidak digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit paru-paru, muntah-muntah, bau mulut, buasir dan sakit pedih ulu hati. Dikhuatiri, ia akan lebih memudaratkan penyakit anda apabila anda memakannya pada waktu yang tidak tepat.

Jadi, halia itu mempunyai pelbagai khasiat tetapi pengambilannya perlu diamalkan dalam keadaan dan cara tertentu dengan masa yang tepat. Baharu khasiat halia akan memberi kemujaraban kepada tubuh badan.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds