GLOBAL

Dahsyat! Kejadian curi yang berlaku di dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan ke Prague

Dahsyat! Kejadian curi yang berlaku di dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan ke Prague

Para penumpang yang sedang dalam perjalanan menaiki pesawat dari Beijing ke Prague dirompak oleh seorang suspek yang juga merupakan penumpang di dalam pesawat yang sama.

Dikatakan bahawa perompak berkenaan mengambil wang yang diletakkan di poket kerusi penumpang dan di dalam bagasi yang diletakkan di loker bahagian atas kerusi.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), penumpang hanya menyedari kejadian itu setelah salah seorang daripada mereka perasan bahawa wangnya telah hilang setengah jam sebelum pesawat itu mendarat di ibu negara Republik Czech, Prague.

Hal berkenaan turut menggesa penumpang yang lain untuk memeriksa wang mereka, dan ianya turut hilang! Menurut penumpang, wang mereka dalam mata wang asing dalam anggaran berjumlah USD240 (RM960) hingga USD5,000 (RM20,000) turut hilang, lapor SCMP pada Sabtu, 6 Januari lalu.

Sumber: SCMP

Semasa mencari wang mereka yang telah dicuri, penumpang-penumpang melihat wang kertas berada di atas lantai di bawah kerusi seorang lelaki. Mereka turut menemui gumpalan tebal wang Dolar Amerika Syarikat yang disumbat ke dalam bantal di kerusi penumpang berkenaan.

Lelaki itu ditahan kerana disyaki mencuri setelah pesawat itu mendarat di Prague. Lelaki yang berumur 40 tahun berkenaan yang didakwa warga China akan dihantar pulang semula ke China.

Ternyata lelaki itu mempunyai dua orang lagi rakan yang dipindahkan penerbangan ke Belarus. Pihak kedutaan China di Prague memberi peringatan kepada orang ramai akan kejadian curi yang berlaku semasa penerbangan dan menasihati agar sentiasa berwaspada ketika dalam pesawat. Selain itu, warga China juga dinasihati agar tidak membawa terlalu banyak wang bersama ketika bercuti.

“Pencuri lazimnya bekerja secara berkumpulan (2 atau lebih orang) yang meletakkan bagasi tangan mereka jauh daripada lokasi tempat duduk mereka supaya mudah untuk mereka melaksanakan ‘kerja’ mereka itu, lapor SCMP.

Pada 31 Disember, seorang lelaki warga China bernama Wu Song dipenjara selama 8 bulan setelah didapati bersalah mencuri wang tunai berjumlah USD2,000 (RM8,000) daripada seorang penumpang semasa dalam penerbangan dari Hong Kong ke Brunei.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...