Semasa masih kanak-kanak, rasanya ada di kalangan kita yang mempunyai ibu bapa bekerja dan telah diasuh serta dijaga oleh datuk dan nenek di kampung. Oleh kerana tidak mampu mengupah pengasuh mungkin ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka dijaga oleh orang tua. Ada pula cucu yang dijaga nenek atau datuk sehingga mereka meningkat dewasa tanpa mendapat kasih sayang ibu dan bapa. Datuk dan neneklah yang menjadi ibu bapa mereka sehingga dewasa.

Namun begitu, apabila cucu ini sudah dewasa, dan nenek atau datuk pula sudah tua dan uzur, bagaimana balasan cucu yang telah dijaga mereka semenjak kecil ini?

Seorang gadis Filipina bernama Jen Ampler telah memuat naik gambar diri sendiri bersama neneknya yang berusia 98 tahun di Facebook.

Jen telah meluahkan perasaannya yang berasa bimbang akan kesihatan neneknya di media sosial, dan tidak pula menyangka fotonya itu mendapat perhatian ramai netizen di Filipina dan menjadi tular.

Jen yang telah dibesarkan dan diasuh oleh neneknya sejak dilahirkan kini sudah dewasa serta menjadi gadis yang cantik. Neneknya pula menjadi semakin uzur dan tua dengan usianya yang menjangkau 98 tahun. Dengan usia sebegini, nenek Jen sudah tidak berdaya untuk melakukan apa-apa secara sendiri, bahkan dengan makan,minum dan mandinya perlu dibantu oleh Jen.

Kini tiba pula masa Jen untuk menjaga dan melihat kebajikan neneknya, yang pada masa dahulu telah menjaganya sejak kecil.

Jen berkata dalam nada yang sedih dan air matanya yang berlinang, “Saya tidak sanggup melihat keadaan nenek yang sudah tidak berdaya pada masa saya membantunya menyuapkan makanan dan memandikannya. Air mata saya turun dengan sendiri apabila teringat bagaimana semasa saya masih kecil, neneklah yang telah memelihara saya dan menyuapkan makanan ke mulut saya!”

Hati Jen menjadi sebak apabila mendengar neneknya berkata dia sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan apabila Jen menyuruhnya menggerakkan badan dengan berdiri dan berjalan.

Jen memberi galakan dan semangat kepada neneknya sambil berkata, “Bangun nenek, sekejap sahaja. Nenek boleh.”

Dengan nada yang sedih Jen berkata,”Sekarang nenek sudah tua, saya wajib untuk menjaga nenek.”

Kini nenek Jen sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi dan tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri juga. Oleh itu, Jen tidak malu dan segan untuk menjadi tangan dan kaki neneknya dengan memapahnya sambil berjalan perlahan-lahan, dan menjaga semua kebajikan neneknya sebaik yang mungkin.

Walaupun Jen seorang gadis yang masih muda dan cantik serta boleh sahaja menikmati zaman mudanya dan berpeleseran sesuka hatinya, namun Jen tidak mahu berbuat begitu dengan tidak mempedulikan nenek yang telah membesarkannya.

Jen menjaga neneknya dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kasih sayang yang ditunjukkan kepada neneknya amat menyentuh hati puluhan ribu netizen di media sosial.

Apabila telah dewasa, semasa kita menjadi semakin sibuk dengan pelajaran dan pekerjaan, kita akan meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke bandar untuk memulakan kehidupan sendiri. Dan secara tidak langsung, kita juga semakin menjauhi orang-orang tua yang paling dekat dan akrab dengan kita pada suatu masa dahulu.

Namun, apa yang paling orang tua rindukan ialah orang yang pernah dijaga dan dibelainya semasa mereka masih tidak berdaya dan tidak berkeupayaan di waktu kecil. Kita wajib mengingati jasa orang tua yang telah menjaga kita semasa kita kecil, remaja dan meningkat dewasa sehingga menjadi insan yang sempurna.

Dengan peredaran masa, lambat laun mereka beransur menjadi tua dan semakin tidak berdaya. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga mereka dengan kemampuan kita yang tidak seberapa berbanding pengorbanan orang tua yang sangat besar semasa membesarkan kita.

Jadi bagi sesiapa yang masih memiliki orang tua seperti ibu bapa, datuk dan nenek, luangkan masa bersama mereka  dan temani mereka semasa mereka masih sihat dan hidup di dunia ini.

Sumber: beautieslife

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds