GAYA HIDUP, Keluarga

Resepi telur dadar yang gebu, lazat lagi berkhasiat untuk anda cuba. Cuba sekali pasti nak lagi!

Resepi telur dadar yang gebu, lazat lagi berkhasiat untuk anda cuba. Cuba sekali pasti nak lagi!

Hidangan sarapan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita kekal cergas sepanjang hari. Selain memberikan tenaga yang berpanjangan, sarapan juga penting bagi menyegarkan otak, mengekalkan fokus, mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Jadi, jangan sesekali jadikan alasan waktu kerja yang padat menjadi punca untuk anda tidak mengambil sarapan. Kami akan sajikan kepada anda satu resepi untuk sarapan pagi yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga enak dan juga menyihatkan.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

  • 1 biji telur
  • 1 batang sosej
  • Daun bawang
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Mentega atau minyak untuk menggoreng

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan adalah memukul telur dan masukkan daun bawang serta sosej yang telah dipotong kecil.

Setelah itu, masukkan tepung gandum dan garam ke dalam adunan telur lalu gaulkan sehingga rata.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak atau mentega. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan gorengkannya sehingga telur bertukar warna menjadi kuning keemasan.

Setelah siap, angkat dan hidangkan telur anda mengikut kreativiti. Anda boleh memotongnya menjadi kepingan segitiga atau menggulungnya.

Mudah dan menyelerakan bukan? Dengan hanya beberapa bahan sahaja, anda boleh menikmati sarapan pagi yang berkhasiat dan lazat.

Sumber: Cook

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...