Yeni adalah seorang ibu muda yang mempunyai seorang bayi berusia lima bulan. Sudah menjadi ragam kehidupan apabila bayi yang masih kecil akan sentiasa menangis untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

Sama ada lapar, lampinnya basah, mahu tidur dan sebagainya, bayinya pasti akan menangis. Justeru, setiap kali bayinya menangis, Yeni akan mendukung bayinya untuk menenangkannya.

Namun begitu, ibu Yeni kurang senang dengan tindakan Yeni yang sering mendukung bayinya setiap kali bayi itu menangis. Menurut ibunya, Yeni terlalu memanjakan bayi tersebut dan perkara ini akan membuatkan bayi tersebut sudah biasa minta didukung.

Ibunya berpesan agar Yeni membiarkan sahaja bayinya menangis kerana lama-kelamaan, bayi ini akan terdiam sendiri apabila tiada yang mahu melayannya.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu, Yeni tidak sanggup melihat anaknya menangis tanpa dipujuk. Setiap kali dia cuba untuk membiarkan bayinya, hatinya seperti dihiris dengan pisau. Begitu pedih!

Jadi, dia tetap mendukung anaknya walaupun keliru dan tidak tahu apa yang dilakukannya itu benar ataupun tidak.

Namun hakikatnya, kita harus segera mendukung bayi sekiranya bayi menangis bagi memberikan rasa ketenangan pada bayi tersebut terutamanya apabila berada di dalam dakapan si ibu.

Kita semua mengetahui bahawa bayi yang masih kecil belum tahu untuk berbicara. Jadi, satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dan mendapatkan perhatian daripada orang lain adalah dengan menangis.

Dengan memberikan sepenuh kasih sayang kepada bayi, bayi akan merasa bahawa dirinya penting dan disayangi.

Malah, tindakan tersebut juga dikatakan dapat memupuk semangat serta kreativiti dalam diri bayi berkenaan. Bayi yang sentiasa merasa dirinya disayangi akan mempunyai pemikiran yang maju dan sentiasa percaya pada dirinya.

Namun jika orang tua sentiasa mengabaikan anak yang sedang menangis, perkembangan bayi akan terbantut sekali gus membuatkan anak menjadi malas dan lambat dalam memberikan respon kepada keadaan sekeliling.

Jika mengikut pendapat ibu Yeni, bayi yang dibiarkan menangis sendiri tanpa dipujuk akan berhenti dengan sendirinya. Hal ini adalah kerana bayi tersebut sudah putus asa dengan dunia ini dan kecewa serta patah hati dengan tindakan orang dewasa yang tidak mengendahkannya.

Perkara ini juga akan mendorong rasa rendah diri dalam diri bayi sehingga ke alam dewasa. Jadi, anak anda tidak akan mampu beradaptasi dengan dunia luar dan lebih cenderung untuk bersendirian.

Nilai kepercayaan terhadap diri sendiri dan juga orang sekeliling akan berkurangan sekali gus menjejaskan hubungan sosial sama ada di antara rakan sebaya mahupun dalam hubungan percintaan.

Jadi para ibu, jangan sesekali abaikan keperluan anak-anak terutamanya ketika mereka menangis. Luangkan masa yang berkualiti bersama bayi bagi membolehkan anak anda membesar dengan sempurna.

Sumber: Womenclub

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds