Buat semua pengguna HP, bateri komputer riba anda besar kemungkinan boleh meletup kerana terlalu panas. Pada hari Khamis lalu, pihak HP mengumumkan bahawa satu panggilan semula ke atas semua bateri komputer riba jenamanya seluruh dunia, lapor NST.

Kredit: laptopmag

Peranti berkenaan agak berisiko kerana ia boleh meletup dan mengeluarkan api. “Bateri itu juga berpotensi untuk terlebih panas dan mengundang kebakaran. Ini amat berbahaya kepada para pengguna”, kata pihak jenama tersebut.

Ternyata beberapa bateri yang disasarkan untuk ditarik balik juga dijual sebagai aksesori penggantian melalui HP atau pembekal rasmi jenama itu. Jika baru-baru ini anda ada membeli apa-apa sahaja bateri HP, kami sarankan anda untuk mengambil berat perkara ini. Tetapi, bagaimanakah cara untuk mengenalpasti model bateri mana yang berbahaya ini ya?

Di sini kami ada lampirkan senarai bateri yang berpotensi bermasalah yang dijual di seluruh dunia dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, iaitu :

  • HP ProBook (64x G2 and G3, 65x G2 and G3)
  • HP x360 310 G2
  • HP ENVY m6
  • HP Pavilion x360
  • HP 11 notebooks
  • HP ZBook (17 G3, 17 G4, Studio G3)

Jika anda mempunyai bateri HP seperti senarai di atas, ini yang patut anda lakukan :
Akan ada kemas kini BIOS, iaitu (Basic Input/Output System) oleh HP yang melibatkan mod keselamatan bateri anda. Ianya bertujuan supaya komputer riba anda digunakan secara selamat tanpa menggunakan bateri yang dicas menggunakan adapter.

Akan ada proses pengesahan yang akan mengenal pasti jika bateri anda layak untuk penggantian, kemas kini BIOS akan digunakan dan sistem akan dipulihkan semula. Semasa proses pemulihan semula itu, akan terkeluar pilihan yang membolehkan anda meneruskan mod keselamatan bateri. Anda harus klik ‘Ya’ kerana ia akan menyebabkan bateri tersebut berhenti mengecas sehinggalah mod berkenaan dihentikan.

Adalah diingatkan supaya mod itu hanya terpakai untuk produk HP yang dipanggil semula sahaja. Jika model anda tidak tersenarai seperti yang di atas, tiada apa yang perlu anda risaukan.

Sekiranya anda masih lagi ragu-ragu akan keselamatan bateri anda, lebih baik anda gantikan sahaja secara percuma di kedai rasmi HP. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, HP telah menasihati orang ramai untuk menggunakan peranti dalam “mod selamat” yang dikuasakan secara terus menerusi plag dan bateri.

Sumber: NST

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds