NASIONAL

Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun yang mempunyai simpanan akaun SSPN layak menerima RM500 oleh kerajaan

Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun yang mempunyai simpanan akaun SSPN layak menerima RM500 oleh kerajaan

KUALA LUMPUR – Para ibu bapa, jangan sesekali lepaskan peluang ini. Inilah saat yang sesuai untuk mula membuka akaun simpanan buat anak-anak anda! Jika anda mempunyai anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun, anda harus mengambil peluang untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN-i Plus) untuk anak masing-masing. Hal ini kerana, pihak kerajaan akan menyumbangkan RM500 untuk setiap kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang membuka akaun SSPN-i.

Kredit: Dino Hauz

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 Juta menerusi inisiatif yang dirangka dalam bajet 2018.

Tarikh permohonan ini dibuka bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember tetapi ia hanya terhad kepada 500,000 kanak-kanak sahaja. Jadi, anda harus cepat!

Kredit: NST

Sebelum ini, kerajaan hanya memberi RM50 kepada kanak-kanak yang membuka akaun SSPN-i Plus tetapi kini, ganjarannya meningkat kepada RM500.

Untuk pengetahuan anda, bantuan berkenaan kini dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memberitahu bahawa penyimpan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun dan geran sebanyak RM500 akan diberikan kepada mereka. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak menyimpan daripada usia muda kerana ia akan meringankan beban kewangan mereka kelak.

Kredit: Pharmalogik

Sedikit info tambahan berkaitan dengan skim ini adalah :
1. Buka akaun SSPN-i/SSPN-i Plus secara dalam talian ataupun di mana-mana cawangan PTPTN/bank

2. Hanya kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun sahaja yang layak memohon geran berkenaan

3. Pastikan baki akaun sekurang-kurangnya RM500

4. Anda tidak perlu membuat permohonan kerana ia akan disalurkan terus kepada akaun anak anda

5. Geran bernilai RM500 hanya boleh dikeluarkan setelah anak anda berusia 18 tahun
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi PTPTN atau hubungi talian mereka 03-2193 3000.

Sumber: NST

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...