Di sebuah kawasan pedalaman Henan di China, terdapat seorang pemuda pintar dengan prestasi akademik yang sangat cemerlang, sehingga beliau dapat melanjutkan pengajian di luar negara.

Ketika pemuda ini melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat, pemuda ini telah bertemu dengan seorang anak gadis berketurunan Amerika bernama Lina.

Keduanya telah menyambung pengajian di dalam bidang yang sama. Kerana pemuda ini sangat pintar dan amat mahir mendalami bidang pengajian yang dipelajarinya, kepintaran pemuda dari China ini telah menarik perhatian Lina. Sejak berkenalan, Lina telah mula menyimpan perasaan cinta kepada pemuda ini.

Setelah beberapa lama, oleh kerana Lina berada di dalam kelas yang sama dengan pemuda ini di unversiti, lama-kelamaan pemuda ini juga menaruh perasaan cinta terhadap Lina.

Akhirnya, kedua-duanya telah jatuh cinta dan menjadi pasangan kekasih ketika belajar di universiti ini. Mereka mendorong dan memberi sokongan di antara satu sama lain dalam pengajian disamping menyemai perasaan cinta yang semakin mendalam.

Setelah lulus dengan cemerlang di dalam pengajiannya di Amerika, pemuda ini telah pulang ke China dan telah berkhidmat dan mengembangkan karier di tanah airnya. Namun, tidak bagi Lina. Oleh kerana Lina amat mencintai pemuda ini, Lina sanggup meninggalkan negaranya untuk berkahwin dengan pemuda ini dan mengikut suaminya tinggal di kampung halaman suaminya di pedalaman Henan.

Lina tidak kisah dengan dirinya yang benar-benar nampak asing di mata mata penduduk kampung di daerah itu. Lina sangat berani. Perbezaan negara, budaya dan bahasa langsung tidak dihiraukannya dan Lina rela menerimanya kerana perasaan cinta yang amat mendalam terhadap suaminya.

Ketika Lina tinggal di rumah suaminya, jiran-jiran di pedalaman yang telah melihat kemesraan pasangan ini dengan mata mereka sendiri dengan perasaan kagum. Mereka nampak sangat bahagia seperti tiada apa yang menjadi halangan yang dapat memisahkan percintaan mereka.

Akan tetapi, kebahagian yang dikecapi mereka itu tidak kekal lama. Kurang dari setahun usia perkahwinan mereka, suami Lina telah ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia ketika Lina baru sahaja melahirkan anak pertama mereka.

Kemalangan yang tidak dijangka ini telah meragut kebahagiaan yang dikecapi Lina bersama suaminya. Tambahan mereka baru sahaja menyambut kehadiran anak pertama.

Semasa mendengar berita tersebut dari penduduk kampung, Lina telah jatuh pengsan dan secara tiba-tiba dunianya menjadi sangat gelap dan beliau menjadi buntu seketika mengenang nasib suami dan dirinya serta anak mereka.

Sebelum meninggal dunia, suaminya pernah berbual dengan Lina mengenai ibunya yang telah tua. Suaminya berkata beliau telah membelikan sebuah rumah baru untuk ibunya dan berjanji akan memberi kehidupan yang bahagia kepada ibunya, Lina dan anak mereka.

Akan tetapi, semua itu tidak berlaku. Dalam sekelip mata, Lina berasa sangat sedih dan menjadi murung mengenangkan nasib yang sedang melanda dirinya.

Semua orang di sekeliling di kampung itu berfikir, Lina akan meninggalkan rumah tersebut dan kembali ke Amerika Syarikat untuk tinggal bersama ibu dan bapanya.

Akan tetapi, kemudian Lina telah membuat keputusan di luar jangkaan. Lina memutuskan untuk  terus tinggal di rumah suaminya bersama ibu mertuanya. Ketika ibu bapa Lina telah datang ke China dan menasihatinya agar pulang ke Amerika, Lina tetap dengan pendiriannya untuk terus menetap di rumah suaminya dan menjaga ibu mertuanya yang telah tua.

Lina telah membuat keputusan yang pasti dengan tinggal di rumah suaminya di China dan menjaga ibu mertuanya. Lina sentiasa teringat akan pesanan dan ingatan kepada kata-kata mendiang suaminya yang amat bimbang akan kebajikan ibunya yang sudah tua dan hidup bersendirian, sekiranya sesuatu terjadi kepadanya. Atas sebab itu, Lina telah berpegang kepada janji mendiang suaminya dan secara tidak langsung Lina telah bertindak dengan menjadi menantu yang baik.

Walaupun terdapat desas-desus mengatakan Lina tidak akan dapat bertahan hidup dengan mertuanya dan akan pulang ke Amerika, Lina telah menetapkan di dalam hatinya dengan berkata, “Saya akan tinggal di China untuk menjaga ibu mertua saya yang sudah tua. Saya tidak boleh meninggalkan suami saya yang mempunyai ibu yang sudah tua. Saya harus mewakili suami saya dan menjaga kebajikan ibunya di sini.”

Lina berkata lagi, “Walaupun ibu mertua saya tidak melahirkan dan membesarkan saya, tetapi pengorbanan dirinya  telah diberikan kepada suami saya sehingga beliau berjaya dalam kehidupannya. Saya akan tinggal di sini untuk membalas jasanya dan bertanggungjawab akan kebajikannya. Bagi saya, kini ibu suami saya adalah ibu saya juga!”

Jalan kehidupan yang telah dipilih oleh Lina yang berketurunan asing telah membuat orang yang berada di sekelilingnya berasa amat terharu dan tersentuh. Semoga kehidupan dengan jalan yang dipilihnya sentiasa mudah, tenang dan bahagia bersama anak tunggal dan ibu mertua yang disayanginya.

Kredit imej: Pinterest

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds