Siapa sahaja yang tidak gemarkan rambutan? Lebih-lebih lagi rambutan yang telah dikupas dan diletakkan di dalam peti sejuk, bayangkanlah keenakannya…

Rambutan memang sedap, memang manis, memang berkhasiat tetapi apa yang tidak seronoknya apabila batuk menyerang selepas menikmati rambutan. Memang tidak semua orang yang diserang batuk kerana rambutan tetapi bagi mereka yang begitu kasihan bukan?

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Muna Masrur telah berkongsi satu petua untuk mengelakkan batuk selepas menikmati rambutan. Bagi yang mudah menghidapi batuk selepas makan rambutan anda mungkin boleh mengamalkan petua yang dikongsikannya.

Caranya mudah, mula-mula kupas kulit rambutan seperti biasa dan basuh isinya dengan menggunakan garam halus. Selepas beberapa ketika rambutan itu sudah boleh dimakan. Lebihan rambutan yang telah dikupas boleh diletakkan ke dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk seperti biasa.

Mudah bukan? Dengan hanya menggunakan garam halus anda dapat menikmati rambutan tanpa risau akan batuk lagi. Semoga petua ini mujarab buat anda!

Sumber: Muna Masrur

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds