Untuk menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik, bukan orang kaya sahaja yang perlu menyumbangkan derma kepada golongan miskin. Sebaliknya, walaupun dengan melakukan perbuatan yang sekecil kuman, ianya dapat memberikan sinar harapan baru kepada individu lain.

Sama ada memberikan haiwan jalanan makanan, memberikan sumbangan seikhlas hati walaupun RM1 kepada orang yang susah atau sedekahkan senyuman kepada orang lain, itu semua sudah memadai.

Di dalam artikel ini, terdapat 10 kisah inspirasi yang membuktikan bahawa dengan melakukan kebaikan, kita dapat mengubah dunia ini menjadi aman dan damai.

#1 Berkongsi kebab

Pada suatu hari, saya melihat seorang lelaki merayu kepada isterinya untuk membeli kebab. Isterinya tetap menyatakan tidak walaupun dirayu berkali-kali oleh suaminya. Namun, apabila si isteri berpaling ke belakang, dia telah melihat seorang lelaki lain sedang memberikan suaminya satu suapan kebab. Inilah yang dikatakan perpaduan dalam kalangan lelaki.

#2 Orang tidak dikenali yang baik hati

Hari ini saya menderma darah. Semasa saya berada di dalam bas, saya tiba-tiba merasa tidak sihat dan mahu pitam. Semua penumpang bas membantu menyedarkan saya. Pada masa yang sama, pemandu bas telah menukar laluan dan membawa bas menuju ke hospital berdekatan tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada saya.

Walaupun telefon bimbit dan dompet saya jatuh semasa saya pitam, penumpang lain yang baik hati telah menjaga barangan saya dengan baik dan memulangkan semula kepada saya setelah sedar.

Sayangnya, saya tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang bas yang telah membantu saya pada hari tersebut.

#3 Janji untuk membalas budi ditunaikan

Ketika berada di restoran McDonald’s, seorang lelaki telah mendekati saya dan berkata, “Boleh awak kongsikan makanan awak dengan saya? Sudah tiga hari saya tidak makan. Nanti saya bayar semula”.

Lelaki berkenaan telah meminta nombor telefon saya dan selepas beberapa hari, saya menerima duit tambah nilai kredit sebanyak RM20 dan satu pesanan ringkas yang berbunyi, “Saya sudah berjanji…”

#4 Belanja kanak-kanak aiskrim

Beberapa hari lalu, saya berada di dalam sebuah kedai aiskrim. Semasa hendak membayar di kaunter, saya melihat tiga orang kanak-kanak. Mereka mahu membelikan aiskrim tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Kasihan dengan mereka, saya telah membelanjakan aiskrim untuk mereka. Anda boleh lihat betapa gembiranya mereka setelah mendapatkan aiskrim.

#5 Majikan yang berperikemanusiaan

Sudah dua hari saya tidak tidur kerana perlu menyiapkan kerja laporan. Semalam, saya tertidur di tempat kerja dan apabila terjaga, saya sedar bahawa saya berada di dalam rumah saya.

Rupa-rupanya, majikan saya telah menghubungi suami saya untuk mengambil saya. Malah, dia turut memberikan cuti selama dua hari kepada saya.

#6 Mengambil anak angkat

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi diri saya kerana hari ini adalah tarikh saya diambil sebagai anak angkat. Kini pada usia 21 tahun, saya dan suami mengambil keputusan untuk memelihara seorang anak angkat daripada pusat kebajikan yang sama.

#7 Memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan

Seminggu yang lalu, saya sedang menaiki bas dan saya dapati semua tempat duduk sudah diduduki. Apabila tiba di satu perhentian, seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi telah menaiki bas. Namun, tiada tempat duduk yang kosong untuknya.

Jadi, saya menawarkan tempat duduk saya untuknya kerana faham dengan kepayahan untuk kekal stabil di dalam bas terutamanya apabila memakai tumit tinggi.

Hari ini, saya pula terpaksa berdiri di dalam bas dan pada waktu itu, ada seorang penumpang memberikan tempat duduknya kepada saya.

#8 Sumbangan yang ikhlas

Hari ini ketika berada di kedai runcit, seorang lelaki tua ingin membeli sebotol susu sambil mengira duit syiling yang berada di dalam tangannya.

Kemudian, datang seorang lelaki di belakangnya, menjatuhkan sehelai wang kertas bernilai RM10 ke atas lantai lalu berkata kepada orang tua tersebut, “Saya rasa anda tercicir duit ini”. Lelaki itu kemudian berlalu pergi.

#9 Membantu gelandangan hidup dengan lebih harmoni

Saya merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah menengah. Pada suatu hari, saya melihat beberapa orang pelajar pergi ke satu lokasi di belakang sekolah. Saya sangkakan mereka ke sana untuk merokok. Jadi, saya ambil keputusan untuk mengintip mereka.

Apa yang mengejutkan, saya melihat pelajar-pelajar berkenaan memberikan seorang lelaki gelandangan yang berlegar-legar di luar sekolah beberapa helai pakaian dan juga makanan.

Kami kemudian berbincang dengan pengetua untuk mengupah lelaki tersebut bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah kami. Kini, dia mempunyai tempat tinggal dan sumber pendapatan tetap.

#1o Susah senang bersama-sama

Seorang gelandangan telah menghampiri saya dan meminta sedikit wang untuk membelikan makanan buat rakannya. Saya tidak memberikannya duit sebaliknya saya telah membelikan sekeping sandwic.

Kemudian, saya melihat gelandangan tersebut menikmati sandwic yang saya belikan dan berkongsi dengan seekor anjing yang mengalami kecederaannya pada kakinya.

Sumber: BrightSide

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds