Asia, GLOBAL

Tentera Kim Jong-un diberi ‘cuti’ untuk merampas hasil tanaman orang awam

Tentera Kim Jong-un diberi ‘cuti’ untuk merampas hasil tanaman orang awam

Baru-baru ini telah tersebar sekeping gambar menunjukkan beberapa anggota tentera Korea Utara yang dilaporkan dalam kelaparan sedang merayau di kawasan ladang jagung milik orang awam. Mereka dikatakan telah merampas hasil tanaman tersebut daripada orang awam.

Ia dikatakan berpunca daripada arahan yang diberikan oleh pihak atasan tentera negara tersebut. Pihak atasan telah memberi masa selama sebulan kepada anggota bawahan untuk mengumpul makanan daripada seluruh negara itu.

Gambar yang tersebar itu didakwa diambil di wilayah Ryanggang. Ia diterbitkan oleh sebuah agensi berita Daily NK, yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan.

”Pegawai-pegawai tentera Korea Utara tahu bahawa tentera mereka perlu mengisi perut untuk mengekalkan moral, dan resin makanan seperti jagung hanya membekalkan sedikit kalori sahaja serta mampu mematahkan semangat anggota tentera mereka,” dipetik daripada sumber dari Utara Ryanggang.

Orang awam berasa simpati melihat keadaan anggota Korea Utara dalam kelaparan walaupun anggota tentera tersebut telah bertindak merampas hasil tanaman mereka.

“Walaupun harga beras tidak mengalami peningkatan ketara dalam pasaran, namun ramai orang awam bimbang jika sekatan antarabangsa berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk,” dipetik daripada sumber lain.

Kira-kira dua bulan lepas, dua orang anggota tentera Korea Utara telah berpaling tadah dan melarikan diri ke Korea Selatan. Apabila diperiksa, salah seorang daripada mereka dikesan mempunyai cacing parasit di dalam perutnya, sepanjang 11 inci.

Pada Ogos tahun lepas, dilaporkan bahawa Pyongyang sendiri yang membenarkan anggota tentera mereka merampas hasil tanaman orang awam.

Disebabkan oleh perbelanjaan negara lebih mengutamakan aspek pembangunan senjata dan pertahanan negara, anggota tentera terpaksa merampas hasil tanaman orang awam untuk dijual.

“Anggota tentera yang masih muda dan tidak tahan menanggung kelaparan terpaksa mencuri makanan daripada orang awam. Perbuatan mereka itu disokong oleh pegawai-pegawai atasan.”

“Setiap kali selesai latihan, anggota bawahan yang dalam keletihan telah diarahkan untuk  keluar mencari makanan di ladang-ladang jagung milik orang awam. Mereka percaya bahawa perang semakin dekat.”

“Pegawai-pegawai juga mengugut tentera bahawan dengan berkata, ‘Sekiranya kamu mengalami kekurangan zat walaupun mendapat kebenaran untuk keluar memakan jagung tersebut, kamu akan menghadapi masalah pada masa akan datang,” dipetik daripada sumber.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...