Salah satu sebab paling biasa yang menyebabkan bayi anda terjaga pada waktu malam adalah kerana puting susu terjatuh daripada mulut mereka. Perkara ini akan menyebabkan ibu bapa terpaksa bangun malam untuk menidurkan semula bayi mereka.

Seorang ibu dari Britain, Laura Gerson yang juga merupakan seorang pengguna laman web The Motherload telah muncul dengan idea untuk menyelesaikan masalah ini dengan bijak dan ia terbukti sangat popular.

Dia sendiri tidak percaya bahawa statusnya yang dikongsi di Facebook The Motherload menjadi viral. Status tersebut pada awalnya hanya bertujuan sebagai bahan jenaka tetapi diterima ramai sebagai idea yang bernas.

Apa yang dilakukan oleh Gerson ialah dia meletakkan sebanyak 10 puting susu bayi di atas katil anak kecilnya, Amelia. Jadi, jika puting susunya jatuh daripada mulutnya Amelia boleh sahaja mencapai mana-mana puting susu lain yang berhampiran dengannya. Idea itu lebih memudahkan Amelia untuk mendapatkan puting susunya terutamanya pada waktu malam.

Status tersebut telah menerima respons positif daripada para ibu. Mereka sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukan apa yang dicadangkan oleh Gerson. Cara ini sangat berguna terutama pada waktu malam. Bukan hanya bayi, ibu bapa juga boleh mendapatkan waktu tidur yang berkualiti.

Antara cabaran buat ibu bapa ialah untuk menidurkan anak-anak mereka, terutamanya yang masih bayi

Ibu ini berkongsi cara tentang bagaimana dia boleh tidur sepanjang malam setiap malam walaupun memiliki bayi kecil

“Anak kecil saya yang berumur sekitar 3 bulan tidur bersama 10 puting susu yang diletakkan di atas katilnya” 

“Apa yang saya tahu apabila dia menangis pada waktu malam apa yang dia mahukan adalah puting susunya”

“Dia tidaklah begitu suka dengan puting susu pada siang hari tetapi pada waktu tidur malam puting susu sangat membantunya untuk tidur dengan baik”

Sejurus selepas dia berkongsi idea itu di Facebook, para ibu bapa mula mengucapkan terima kasih kepadanya atas idea itu. Ramai yang bersetuju bahawa idea tersebut memang berguna buat mereka

 

Tetapi ada juga yang mempunyai pandangan yang sebaliknya. Ada antara ibu yang tidak suka atau tidak membenarkan bayi mereka menggunakan puting susu

Dan sesetengah percaya bahawa semua itu bergantung kepada pilihan ibu bapa dengan mempertahankan ibu bapa yang menggunakan puting susu kepada bayi mereka

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds