Kisah Inspirasi, Pesona, Ria

Cara paling bijak untuk menabung! Netizen berkongsi tips bagaimana dia boleh mengumpul hampir RM 9000 hanya dalam masa setahun!

Cara paling bijak untuk menabung! Netizen berkongsi tips bagaimana dia boleh mengumpul hampir RM 9000 hanya dalam masa setahun!

Setiap orang pasti punya cara tersendiri untuk menabung. Ada yang menetapkan matlamat setiap bulan berapa jumlah yang wajib mereka simpan. Ada juga yang menyedikan tabung khas mengikut warna duit dan ada juga yang terpaksa meminta bantuan orang lain untuk menyimpankan wang mereka. Apa pun kaedahnya apa yang paling penting adalah disiplin dalam mengumpul duit.

Kredit: Facebook

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Azlin Hashim Aqra telah berkongsi tips bagaimana dia berjaya mengumpul hampir RM9000 hanya dalam masa setahun!

Sudah pastinya dia mempunyai matlamat tersendiri dan apa yang paling penting adalah disiplin yang diterapkan di dalam dirinya untuk terus menabung. Bukan mudah tetapi semua itu tidak mustahil!

Kredit: Facebook

Apa sebenarnya yang dilakukan? Bagaimana agaknya dia boleh terus ‘istiqamah’ dalam mengumpul wangnya? Nampaknya dia telah menggunakan idea mengumpul wang mengikut warna. Setiap kali dia mempunyai not RM5 dan RM20 dia akan mengasingkannya kemudian menyimpannya di tempat lain supaya dia tidak menggunakannya.

Dia mula mengumpul pada 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 dan jumlah keseluruhan yang disimpan ialah RM8,915.

Sepanjang setahun lepas, dia berjaya mengumpul 349 keping RM20 dan 387 keping RM5! Banyak bukan?

Nasihat yang diberikan Azlin adalah mudah, “Jika anda mempunyai not RM5 atau RM20 dalam dompet anda, jangan gunakannya dan sebaik sahaja anda pulang, asingkannya.”

Sumber: WORLD OF BUZZ

Sekarang anda sudah tahu caranya. Jadi apa tunggu lagi? Jadikan tahun 2018 tahun yang dapat mendisiplinkan anda untuk menabung. Jika dia boleh melakukan kenapa tidak anda? Selamat menabung!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...