Kita semua tahu bahawa tiada apa yang sempurna termasuklah masyarakat moden pada hari ini. Walaupun terdapat banyak perkara yang bermasalah dan merisaukan berlaku di sekeliling, namun kita tidak mampu menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Al Margen, ilustrator dari Buenos Aires, Argentina, membuat lukisan luar biasa yang menunjukkan kelemahan zaman kita. Dia mencipta imej yang membawa maksud yang sungguh mendalam dan merangsang pemikiran kita.

Mari lihat ilustrasi di bawah ini dan kongsikan kepada kami pendapat anda pula. Siapa tahu mungkin anda juga berada di dalam situasi yang sama seperti lukisan-lukisan tersebut?

#1 Dalam sesebuah keluarga, suami isteri yang sama-sama mencari nafkah harus bekerjasama terutamanya berkaitan hal kewangan. Jangan biarkan suami menanggung semua perbelanjaan rumah, sementara isteri hanya menguruskan dirinya sahaja.

#2 Seorang penghibur itu belum tentu mampu menghiburkan hatinya sendiri.

#3 Orang yang berfikiran bebas sering kali menjadi mangsa penindasan, manakala mereka yang bekerja di bawah kuasa dan pengaruh “orang besar” hanya menurut perintah walaupun mereka tahu tindakan mereka sebenarnya salah!

#4 Mampukah anda menentang orang lain apabila hanya anda seorang sahaja yang mempunyai pemikiran yang berbeza daripada kebanyakan orang?

#5 Penjenayah ditangkap polis, polis membawa penjenayah ke muka pengadilan. Namun, sedarkah anda disebalik keputusan yang dibuat oleh mahmakah, ada “kuasa lain” yang mengawal.

#6 Janganlah hidup dalam kepura-puraan. Jika anda tidak suka sesuatu luahkan, jangan pendamkan perkara itu di dalam hati. Anda hanya membuang masa dan merugikan diri sendiri sahaja.

#7 Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak-anaknya berjaya dan menjadi insan yang berguna. Namun, sebagai ibu bapa juga, kita janganlah terlalu menyekat pergerakan dan kebebasan anak-anak. Mereka berhak melakukan aktiviti kegemaran mereka sendiri. Beri ruang dan peluang kepada mereka dan sokonglah tindakan mereka selagi ia tidak memudaratkan.

#8 Hanya kerana wang, sesetengah orang sanggup melakukan kesalahan dan menggadaikan maruah diri sendiri. Lebih malang lagi apabila dia tidak mampu membela dirinya sendiri!

#9 Sesetengah pihak berlumba-lumba mengejar trend fesyen terkini. Mereka tidak kisah jika ada nyawa yang harus digadaikan atau spesies haiwan tertentu semakin pupus. Jika anda tidak mahu menyokong berhentilah membeli atau menggunakan barang-barang yang dibuat daripada mana-mana bahagian haiwan, terutamanya haiwan yang semakin pupus!

#10 Bebanan kerja tidak pernah akan habis selagi anda membuka mata. Apabila tiba waktu rehat, berehatlah sepuasnya supaya anda dapat “mengecas” semula tenaga anda.

#11 Untuk perokok tegar atau mereka yang baharu cuba-cuba untuk merokok, ini adalah pesanan ikhlas buat anda. Lihatlah ilustrasi ini setiap kali anda cuba memetik pemetik api untuk menyalakan rokok anda. Berhentilah segera sebelum semuanya terlambat. Ingatlah orang-orang yang tersayang!

#12 Kita tidak harus menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh seseorang. Kita harus mencari maklumat daripada sumber lain agar kita tidak berada di pihak yang salah.

#13 Benar, wang itu diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tetapi apa maknanya jika anda hanya sibuk mencari wang tetapi mengabaikan anak-anak?

#14 Cuba tanya diri anda semula, “anda bekerja untuk hidup atau anda hidup untuk bekerja?” Fikirlah…

#15 Orang muda tidak harus mengetepikan pendapat orang lama kerana mereka adalah harta yang berharga. Biarpun zaman semakin canggih dengan bangunan pencakar langit dan teknologi terkini, namun barang yang lama tidak harus dimusnahkan begitu sahaja.

#16 Lambakan graduan di negara ini sudah diketahui umum. Graduan dari universiti swasta mahupun universiti awam semakin membanjiri negara. Namun apa yang membezakan setiap graduan ialah kemahiran yang mereka miliki. Jangan jadi graduan yang hanya tahu membaca buku dan menghafal fakta. Jadilah graduan yang mahir dalam banyak perkara. Itu akan menentukan di mana kedudukan anda dalam masyarakat selepas anda tamat belajar.

#17 Tip rumah tangga: Jangan pernah bergaduh di hadapan anak-anak. Hal ini akan mengganggu perkembangan emosi mereka dan jangan terperanjat jika anak-anak juga tidak menghormati anda. Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah antara suami isteri ialah di dalam bilik. Bergaduhlah, menangislah dan berbincanglah di dalam bilik anda berdua tanpa dilihat oleh anak-anak.

Sumber: COCO01
Kredit gambar: Facebook Al Margen

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds