Meletop adalah satu rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Neelofa dan juga pelawak, Nabil Ahmad. Gabungan kedua-dua pengacara ini dalam menerajui program berkenaan berjaya membuatkan rakyat Malaysia suka untuk menontonnya.

Selain sering mengundang artis-artis tempatan, gelagat dan aksi Nabil yang gemar melawak juga menjadikan program ini satu rancangan hiburan yang wajib ditonton setiap minggu.

Beberapa hari yang lalu menerusi siaran secara langsung di Astro Ria, satu insiden melucukan telah berlaku di set Meletop. Dalam segmen terakhir program berkenaan, salah seorang artis jemputan iaitu Khai Bahar telah diundang untuk menyanyikan lagu terbarunya, Luluh.

Apa yang melucukan adalah beliau telah memegang mikrofon secara terbalik sebelum mendendangkan lagunya.

Perkara ini dengan serta-merta mengundang gelak tawa daripada para penonton, pengacara, rakan artis malah penyanyi itu sendiri.

Nabil yang menyedari insiden memalukan itu telah cuba untuk ‘menyelamatkan’ keadaan dan menenangkan Khai Bahar yang ternyata tidak dapat menahan malu dan ketawa akibat kesilapannya itu.

Aksi Nabil memeluk Khai Bahar berjaya menggeletek hati para penonton di studio dan juga yang menontonnya secara langsung di rumah.

Melalui Instagram Story, Khai Bahar sempat memuatnaik satu video pendek bagi meminta maaf atas kesilapan tersebut.

Walaupun ianya telah disiarkan secara langsung dan menjadi tular sehingga ke hari ini, para peminat Khai Bahar meminta agar penyanyi bersuara lunak itu tidak terlalu memikirkan kesilapan yang dilakukan tanpa sedar itu.

Tonton video di bawah dan anda pasti akan terhibur dengan peristiwa mikrofon terbalik ini.

Sumber: Astro Awani

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds