GAYA HIDUP, Keluarga

“Perkara-perkara yang saya ingin seseorang memberitahu saya sebelum saya menyambut kelahiran anak pertama”

“Perkara-perkara yang saya ingin seseorang memberitahu saya sebelum saya menyambut kelahiran anak pertama”

Kebanyakan orang merasakan kelahiran anak pertama adalah peristiwa yang paling memberi makna dalam kehidupan berbanding peristiwa-peristiwa lain.

Sebelum menyambut kelahiran permata hati yang pertama itu, anda pasti telah menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu keibubapaan sama ada daripada pembacaan buku-buku ataupun perkongsian pengalaman orang lain seperti ahli keluarga atau rakan-rakan. Namun masih ada beberapa “perkara-perkara yang saya ingin seseorang memberitahu saya”.

Pengguna Imgur joltjones telah berkongsi pengalamannya sebagai seorang bapa buat pertama kali.

Dia telah menyenaraikan “perkara-perkara yang saya ingin seseorang memberitahu saya” daripada perspektifnya sebagai seorang bapa supaya dapat dijadikan panduan buat bakal bapa yang lain. Dia juga telah menyenaraikan petua daripada isterinya untuk bakal-bakal ibu yang lain.

Mari lihat pelajaran yang diperoleh daripada kedua-dua ibu bapa kali pertama kali ini, serta tindak balas daripada netizen yang benar-benar telah melalui pengalaman menyambut anak pertama sebelum ini.

Pelajaran daripada bapa baharu kepada bakal bapa yang lain:

1. Bayi sebenarnya mempunyai semangat yang kuat.
2. Dalam sekelip mata anda merasakan umur anda sudah meningkat.
3. Anda belum bersedia sebenarnya.
4. Tubuh manusia menghasilkan sesuatu yang cantik dan bernilai.(kelahiran anak)
5. Sebagai seorang lelaki dan bakal bapa, anda akan menangis apabila melihat anak yang telah dilahirkan buat pertama kali dan isteri yang bertarung nyawa, cuba menguruskannya lebih baik.
6. Jangan biarkan datuk dan nenek kepada anak anda mendominasi cara anda dan isteri membesarkan anak anda. Mereka masih boleh menjadi penasihat tetapi yang membuat keputusan adalah anda.
7. Bersedia menerima teguran daripada jururawat yang lebih berpengalaman kerana anda bukan pakar.
8. Bersedia menghadapi emosi isteri yang berubah-ubah. Ingat, dia telah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan zuriat anda.
9. Banyak-banyakkan bersabar dengan isteri, bayi dan dengan kakitangan perubatan yang bermacam-macam kerenah.
10. Jangan malu untuk dapatkan bantuan keluarga supaya anda dapat melakukan tugas sebagai bapa dan suami yang bagus dalam satu masa yang sama.

Pelajaran daripada ibu baharu kepada bakal ibu yang lain:

1. Jangan cakap anda tidak mahu hamil lagi kerana pasti anda akan rindukan perut anda yang membuncit itu.
2. Jangan anggap ‘meneran’ itu satu jenaka.
3. Dengar cakap jururawat anda dan jika anda tidak suka … jangan takut untuk meluahkannya.
4. Tidur seberapa banyak yang anda boleh semasa mengandung kerana sebaik sahaja anda melahirkan bayi, anda akan menjadi orang yang paling letih yang pernah anda alami sepanjang hidup anda.
5. Tidak semua orang akan membasuh tangan mereka, bersuaralah (bayi sangat mudah terkena penyakit, jika ada tetamu yang selesema, jangan izinkan mereka menghampiri bayi anda).
6. Tidak salah untuk anda menangis…jika anda merasa hendak menangis, lakukanlah. Fikirkan apa yang harus anda lakukan saat itu.
7. Rebut peluang untuk mendakap bayi anda kerana apabila ahli keluarga telah berkumpul mereka akan berebut-rebut untuk memegang si comel itu.
8. Selepas melahirkan, anda akan berasa terlalu dahaga daripada yang pernah anda alami dalam hidup anda … jangan takut untuk meminta apa sahaja yang anda mahukan.
9. Pastikan anda tahu di mana ‘beg plastik muntah’ anda.
10. Selepas melahirkan, anda perlu berehat. Biarkan orang lain membantu.

Kredit: usm.my

Berikut adalah tindak balas netizen terhadap perkongsian ini. Ada yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak pertama dan ada juga yang memberikan nasihat dan pelajaran sebagai seorang bapa dan ibu.

  1. NarftleTheGarthok
    Tahniah, Ayah! Saya sudah hampir dua tahun melaluinya dan setiap hari adalah proses pembelajaran.
  2. numbertwo
    Ayah kepada empat orang anak di sini… Terima kasih banyak-banyak dan sekarang saya mahu empat orang anak lagi.
  3. KanackyBiznasty
    Nampaknya awak akan menjadi bapa yang hebat. Teruskan!
  4. SailorBOB
    Sebagai ibu bapa buat pertama kali, anda akan menghabiskan banyak duit untuk membeli keperluan bayi anda sama ada ianya tidak serasi dengan bayi anda atau anda tidak pernah menggunakannya.
  5. Greekos1
    Satu perkara yang saya tahu ialah kadang-kadang bayi akan menangis tanpa sebab. Jangan berasa tertekan jika anda tidak dapat mencari punca bayi anda menangis.
  6. gretchensaurus
    Sebagai seorang ibu buat pertama kali, membuang air besar kali pertama adalah sangat menakutkan (dan saya tidak maksudkan bayi).
  7. KrampusClaws
    Jangan takut untuk memminta tolong, jika tidak, anda tidak akan mendapatkannya.

Semoga perkongsian ilmu keibubapaan ini sedikit sebanyak membantu anda terutamanya yang bakal menimang cahaya mata pertama untuk lebih bersedia menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak anda.

Sumber: BoredPanda

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...