GAYA HIDUP, Keluarga

Ibu ini telah memberi amaran supaya tidak mencium bayi sewenang-wenangnya selepas bayinya sendiri terkena jangkitan virus

Ibu ini telah memberi amaran supaya tidak mencium bayi sewenang-wenangnya selepas bayinya sendiri terkena jangkitan virus

Bayi adalah anugerah Tuhan yang paling bernilai dalam kehidupan ibu bapa dan kehadirannya telah melengkapkan sesebuah keluarga. Bau bayi yang harum itu mampu menggetarkan perasaan sesiapa sahaja yang mencium dan memeluknya. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi pengalaman pahitnya di Facebook dan ia telah menjadi viral di media sosial berkenaan.

Selepas membacanya anda akan berfikir berulang kali untuk membenarkan seseorang mencium bayi anda.

Kredit: Pinterest

Seorang ibu di Taiwan telah menceritakan apa yang telah terjadi kepada anaknya dan mendapat perhatian netizen. Dia telah memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya orang dewasa mencium wajah bayi atau berkongsi peralatan makanan dengan bayi.

Menurut ibu ini, pada awalnya terdapat satu bintik merah tumbuh di tepi bibir anaknya dan keesokan harinya banyak bintik merah yang tumbuh. Bintik itu mula membesar sedikit, lalu ibu itu membawa anaknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Doktor memeriksa anaknya dan menyangka bahawa ia mungkin hanya beberapa jangkitan dan memberikan ubat biasa untuk bayi tersebut.

Walau bagaimanapun, bintik merah itu tidak hilang malah semakin banyak bintik merah yang timbul. Doktor mengatakan kepada wanita tersebut, keadaan itu mungkin bakteria atau virus yang menyebabkan ruam dan memberikan ointment dan antibiotik untuk anaknya. Namun begitu, keadaan anaknya semakin bertambah buruk dan dia menjadi bimbang dengan keadaan itu.

Kemudian, ibu itu pergi berjumpa doktor lain dan bertanyakan mengenai ruam yang semakin bertambah di mulut anaknya. Bayi malang itu telah dimasukkan ke hospital dan doktor mengambil sampel darahnya untuk ujian perubatan.

Namun doktor juga tidak dapat mengesahkan sama ada itu jangkitan bakteria atau virus lalu memberikan suntikan bagi dua jenis ubat kepada bayi tersebut kerana mereka tiada pilihan lain. Kasihan sungguh bayi itu.

Kredit: Facebook

Akhirnya selepas keputusan makmal keluar, bayi tersebut didiagnosis menghidap herpes simplex (sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus, yang menyebabkan terjadinya lepuh-lepuh kecil berair pada kulit). Doktor memberikan ubat dan selepas satu minggu ditahan di hospital, akhirnya bayi itu sembuh dan boleh dibawa pulang ke rumah.

Ibu bayi tersebut menyimpulkan bahawa jangkitan yang berlaku terhadap anaknya itu berpunca daripada sentuhan orang dewasa. Menurutnya lagi, bayi lebih mudah terdedah kepada kesan buruk akibat virus berbanding orang dewasa kerana sistem imunisasi bayi yang lebih lemah.

Oleh itu, dia mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan jangan mudah mencium wajah bayi kerana virus dapat disebarkan melalui cara itu. Syukurlah bayi wanita itu sudah pulih dan ibu bapa, ingatlah pesanan yang telah dikongsikan ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...