Di Tokyo, seramai 15 orang berumur dalam lingkungan 55 hingga 90 tahun telah dimasukkan ke hospital akibat tercekik kek beras yang lebih dikenali sebagai mochi. Daripada 15 individu berkenaan, dua daripadanya dilaporkan meninggal dunia.

Setiap kali perayaan Tahun Baru disambut, masyarakat di Jepun akan menikmati mochi sebagai snek tradisi. Namun, amalan ini telah meragut banyak nyawa setiap tahun sehingga membuatkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, majoriti individu yang meninggal dunia akibat tercekik mochi dalam tempoh 10 tahun ini adalah merupakan golongan emas.

Minggu lalu, Jabatan Bomba Tokyo telah terpanggil untuk memberikan amaran kepada masyarakat tentang penyediaan snek tradisi tersebut terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan warga tua.

Mereka telah memberikan cadangan kepada masyarakat untuk memotong hidangan mochi ini kepada bahagian-bahagian kecil sebelum memakannya. Mochi juga perlu dikunyah dengan betul sebelum ditelan. Jika tidak, makanan yang melekit ini akan tersekat pada tekak sekali gus menyekat saluran pernafasan individu.

Namun, walaupun amaran yang sama telah dikeluarkan setiap tahun, jumlah kematian akibat insiden ini masih tidak berkurangan.

Pada tahun 2014 dan 2015, seramai 9 orang telah disahkan meninggal dunia akibat tercekik mochi, Sementara itu pada tahun 2016, seorang individu didapati maut akibat kes yang sama dan dua orang maut pada tahun lalu (2017).

Walaupun jumlah kematian berkurangan, masih terdapat ramai individu yang terpaksa dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang kritikal.

Menurut persatuan perdagangan mochi, setiap tahun sebanyak 1 kg mochi secara puratanya telah dimakan oleh masyarakat Jepun terutamanya pada minggu pertama bulan Januari.

Pada tahun 2001, seorang lelaki berusia 70 tahun yang tercekik mochi berjaya diselamatkan setelah anak perempuannya bertindak mengeluarkan mochi yang tersekat itu dengan menggunakan penyedut hampagas.

Akan tetapi, pihak berkuasa tidak menyarankan tindakan tersebut untuk dilakukan memandangkan ia mungkin boleh menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Justeru, bagi mengekang insiden seperti ini daripada terus berlaku, industri makanan Jepun telah mencipta satu hidangan yang dikenali sebagai ‘Engay’ yang mengkhusus untuk warga emas.

Engay merupakan makanan yang melibatkan proses memurikan produk makanan dan mencampurkannya dengan agen jeli. Seterusnya, produk ini akan dibentuk mengikut bentuk asal makanan tersebut.

Sumber: The Straits Times

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh Asia

Video Popular

Ad will display in 09 seconds