Buah pinggang adalah salah satu organ yang paling penting bagi tubuh kita. Terdapat pelbagai fungsi buah pinggang kepada tubuh yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita menjalani hidup dengan sihat. Antara fungsi penting buah pinggang ialah menjadi penapis bahan buangan dalam darah. Namun begitu, kerosakan buah pinggang boleh sahaja berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak.

Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan bahawa sebenarnya buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik!

10. Sukar tidur

© Depositphotos

Apabila buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik, itu bermakna toksin tidak boleh keluar dari badan melalui air kencing dan kekal dalam darah. Peningkatan tahap toksin menjadikan anda sukar untuk tidur. Itulah sebabnya apabila anda kurang tidur, anda boleh meningkatkan tahap penurunan fungsi buah pinggang.

9. Sakit kepala, keletihan dan kelesuan biasa

© Depositphotos

Buah pinggang yang baik dan sihat boleh menukar Vitamin D dalam badan kita untuk mengekalkan tulang yang kuat dan menghasilkan hormon yang dipanggil Erythropoietin (EPO).

Hormon ini memainkan peranan penting dalam pengeluaran sel darah merah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, maka kadar penghasilan EPO akan menurun. Penurunan sel darah merah (yang membawa oksigen) akan menyebabkan keletihan otot dan otak anda.

8. Mengalami kulit kering dan gatal

Buah pinggang yang sihat juga berfungsi untuk mengeluarkan sisa dan cecair tambahan dari darah serta membantu menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan jumlah mineral yang sesuai bagi tubuh anda.

Kegatalan dan kulit kering memberi isyarat jelas bahawa anda sedang mengalami kegagalan buah pinggang. Hal ini berlaku supaya tubuh dapat mengekalkan keseimbangan mineral dan nutrien yang betul yang boleh mengakibatkan penyakit tulang dan buah pinggang.

7. Mengalami nafas berbau dan rasa logam dalam mulut

© Depositphotos

Apabila bahan buangan terbentuk dalam darah, ia mengubah rasa makanan dan meninggalkan rasa logam di dalam mulut anda. Mempunyai nafas berbau adalah satu lagi tanda menunjukkan bahawa tubuh anda terkandung kandungan toksin dan kotoran dalam aliran darah yang tinggi.

Selain itu, anda mungkin akan kehilangan selera makan yang akhirnya boleh membawa kepada penurunan berat badan yang tidak sihat.

6. Sesak nafas

© Depositphotos

Hubungan antara penyakit buah pinggang dan sesak nafas biasanya disebabkan oleh dua faktor. Pertama, cecair tambahan dalam badan bergerak ke dalam paru-paru apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Kedua, anemia menghilangkan oksigen badan anda dan ini yang akan menyebabkan anda mengalami sesak nafas.

5. Bengkak di buku lali, kaki dan tangan

© Depositphotos

Buah pinggang yang gagal berfungsi dengan betul tidak dapat mengeluarkan sebarang cecair tambahan dari badan. Ini membawa kepada pengekalan natrium yang menyebabkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan anda.

Bengkak pada bahagian bawah badan anda juga boleh menjadi petanda kepada masalah jantung dan hati atau masalah urat kaki.

4. Mengalami sakit belakang

Kegagalan buah pinggang boleh mengakibatkan sakit belakang yang terletak betul-betul di bawah tulang rusuk. Ia boleh dirasai di bahagian depan pangkal paha atau pinggul.

Kesakitan belakang dan kaki boleh disebabkan oleh lendir buah pinggang (kidney cysts) yang merupakan kantung berisi cecair yang terbentuk pada buah pinggang.

3. Mata bengkak

© Depositphotos

Tanda awal yang boleh menunjukkan sistem penapis buah pinggang anda rosak adalah protein dalam air kencing, yang boleh mengakibatkan bengkak di sekitar kawasan mata.

Bengkak di sekeliling mata anda boleh memberi tanda bahawa buah pinggang anda telah mengeluarkan sejumlah besar protein ke dalam air kencing daripada terus menyimpannya dan mengedarkannya ke seluruh tubuh.

2. Tekanan darah tinggi

© Depositphotos

Sistem peredaran darah dan buah pinggang bergantung antara satu sama lain. Buah pinggang mempunyai nefrons yang kecil yang boleh menapis sisa dan cecair tambahan dari dalam darah.

Sekiranya saluran darah menjadi rosak, nefron yang seharusnya menapis darah anda tidak mendapatkan oksigen dan nutrien yang cukup cukup. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh menjadi punca utama kepada kegagalan buah pinggang.

1. Perubahan dalam air kencing

© Depositphotos

Buah pinggang anda bertanggungjawab untuk mengeluarkan air kencing dan mengeluarkan sisa buangan melaluinya. Perubahan kekerapan, bau, warna dan rupa air kencing tidak boleh diabaikan. Antara perubahan biasa  yang boleh berlaku ialah:

  • Peningkatan keperluan untuk membuang air kecil terutama pada waktu malam. Ia adalah normal jika anda membuang air sebnayak 4 hingga 10 kali sehari.
  • Terdapat darah dalam air kencing. Buah pinggang yang sihat dapat menapis sisa dari dalam darah untuk menghasilkan air kencing, tetapi jika penapis rosak, sel darah mungkin mula tercampur ke dalam air kencing.
  • Air kencing berbuih. Buih dalam air kencing boleh menunjukkan kandungan protein yang tidak diingini ada dalam air kencing.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds