Pada masa dahulu, telefon bimbit bersaiz kecil menjadi kegilaan ramai orang. Namun kini ia telah menjadi terbalik, orang ramai lebih menggemari telefon bimbit yang mempunyai skrin yang besar atau lebar.

Syarikat ini percaya bahawa dunia sekarang sudah didominasi oleh telefon pintar, namun ia juga percaya bahawa telefon bimbit kecil masih lagi berguna. Telefon bimbit ini ini bukan hanya sekadar telefon bimbit, ia adalah telefon bimbit terkecil di dunia, bersaiz lebih kecil daripada pemacu kilat USB.

Memperkenalkan, Zanco tiny t1, telefon bimbit terkecil di dunia.

Ia mampu melakukan semua fungsi asas yang boleh dilakukan oleh telefon bimbit.

Ia lebih kecil daripada saiz pemacu kilat USB dan ia boleh dijadikan sebagi hadiah yang unik.

Saiz Zanco tiny t1 berbanding duit syiling.

Lihat betapa kecilnya telefon bimbit ini.

Ini adalah ukurannya.

Ini adalah fungsi telefon mini ini.

Adakah anda percaya telefon ini sebenarnya wujud?

Anda harus memilikinya!

Zanco tiny t1 boleh menyimpan sehngga 300 nombor telefon dengan papan kekunci alfanumeriknya. Bateri berkapasiti 200mAh dengan paparan kecil, ia tidak akan menggunakan kuasa bateri dengan banyak. Itu menjadikannya mampu bertahan selama tiga hari dalam mod siap sedia, menurut syarikat itu, Zanco.

Zanco juga mengatakan bahawa alat ini berfungsi sepenuhnya sebagai telefon ‘cakap dan teks’. Ini bermakna pengguna boleh menghantar dan menerima mesej dan panggilan. Pengguna dapat membuat panggilan selama 180 minit (maksimum) dengan menggunakan telefon mini ini. Peranti ini menggunakan SIM kad nano dan rangkaian 2G.

Selama bertahun-tahun Zanco khusus dalam pembuatan telefon pintar kecil. Permulaan tiny t1 juga bermula sebagai jenaka. Syarikat pemasaran Clubbit, yang bekerjasama dengan Zanco, telah menyerahkan satu prototaip telefon lain yang dipanggil telefon ‘Fly Micro’.

Permulaan tiny t1 bermula sebagai jenaka.

Cadangan yang terbaik jika anda tidak mahu telefon besar tetapi mahu terus berhubung.

Telefon yang terbaik untuk digunakan sebagai kecemasan.

Clubbit sangat mengagumi saiz kecil Zanco dapat menghasilkan reka bentuk yang mereka inginkan. Shazad talib, pengasas Zanco, menganggap bahawa pasukan mereka mampu untuk membuat telefon mikro. 18 bulan selepas itu, tiny t1 dicipta.

Zanco telah memulakan kempen untuk mengumpul dana bagi menghasilkan pengeluaran besar-besaran telefon bimbit terkecil di dunia ini. Setakat ini, mereka berjaya mengumpul lebih daripada USD152,000 (Rm610,000).

Persoalannya adakah orang akan tertarik untuk membeli peranti kecil ini? Adakah anda berminat? Kongsi pendapat anda di ruangan komen.

Tonton video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds