Siapa yang tidak kenal akan The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson? Pada 2 Januari yang lalu, The Rock memuat naik sebuah video pendek di laman Instagram yang menunjukkan rasa cintanya pada warga Malaysia.

Di dalam videonya itu, beliau menzahirkan tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan padu seterusnya menjadikan filem terbarunya, Jumanji, menduduki tempat pertama carta filem di Malaysia.

Tambah beliau lagi, “Ini merupakan minggu kedua tayangan Jumanji di Malaysia dan kami telah menjadi antara 3 filem yang banyak ditonton, di mana ia berlaku dalam masa 2 minggu sahaja. Filem kami ‘trending’ menjadi filem yang hebat di Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih”.

Beliau juga berkata negara ini mempunyai tempat yang istimewa di hatinya dengan mengingati kembali zaman beliau terlibat dengan sukan gusti. “Pada awal karier, terdapat banyak rintangan (sakit dan luka) semasa saya di Kuala Lumpur. Saya banyak terlibat dengan perlawanan hebat yang benar-benar menguji saya. Tidak saya lupakan juga saat saya beraksi di hadapan penonton yang ramai dengan sinaran lampu yang gah”.

Kapsyennya juga berbunyi, “Our roots go way back years ago as I had some of my best (and grueling) wrestling matches right there in Kuala Lumpur. Unforgettable times. I’m forever grateful for your love over the years.”

Video berkenaan mendapat perhatian daripada ribuan pengguna Instagram di Malaysia, yang mengundang pengguna meninggalkan komen. Ada yang mencadangkan agar The Rock kembali melawat Malaysia kelak…. Kita tunggu dan lihat sahaja ya!

Sumber: therock / Instagram

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds