Apa yang sepatutnya menjadi sesi latihan untuk menguji alat di tasik Oklahoma akhirnya bertukar menjadi penyelesaian kepada sebuah misteri berabad lamanya.

Pada September 2013, para pegawai peronda Oklahoma yang sedang menjalani sesi latihan untuk menguji satu alat sonar baru di Tasik Foss mendapati wujud gelombang aneh sewaktu melakukan rondaan.

Gelombang tersebut menunjukkan kewujudan dua objek logam yang besar terbenam di dasar tasik berkenaan. Sangkaan awal para pegawai peronda adalah objek berkenaan mungkin adalah kereta-kereta yang telah dicuri.

Akan tetapi, apabila pasukan penyelam terjun ke dalam tasik untuk memeriksa objek tersebut, mereka terkejut kerana objek berkenaan merupakan dua buah kenderaan yang tenggelam ke dasar tasik sedalam empat meter!

Menurut George Hoyle, “Kereta pertama yang terlihat di skrin adalah Camaro. Sebelahnya adalah kereta 53 Chevy”.

Menurut wakil jurucakap, setelah kedua-dua kenderaan yang berkarat dan dipenuhi lumpur itu dinaikkan, terdapat tulang manusia ditemui pada tempat duduk pemandu kereta yang pertama. Setelah diperiksa lagi, mereka menemui tiga bahagian tulang manusia pada setiap kenderaan.

Salah seorang penyiasat memaklumkan bahawa tulang-tulang yang ditemui mempunyai perkaitan dengan dua kes lama bertarikh dari tahun 1969 hingga 1970.

Kereta Chevrolet 1952 berwarna hijau berkenaan merupakan milik John Alva Porter, 69 tahun. John dikatakan telah mengembara bersama Cleburn Hammack, 42 tahun dan Nora Marie Duncan, 58 tahun sebelum ketiga-tiga mereka hilang secara misteri pada 8 April 1969.

Dalam satu kes lain, Jimmy Allen Williams, 16 tahun sedang memandu kenderaan jenis Chevrolet Camaro 1969 berwarna biru yang baru dibelinya tiga hari sebelum kejadian.

Pada ketika itu, Jimmy sedang memandu bersama rakan-rakannya iaitu Thomas Michael Rios, 18 tahun dan Leah Gail Johnson, 18 tahun. Ketiga-tiga remaja ini dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan bola pada 20 November 1970 namun hilang tanpa dijejaki.

“Saya masih ingat betapa kecewanya semua orang. Kami tinggal di pekan yang kecil… Sebelum ini, tiada kejadian seperti itu pernah berlaku di Sayre,” kata Kim Carmichael, rakan kepada Jimmy.

Setahun selepas penemuan kereta tersebut iaitu pada Oktober 2014, ujian DNA yang telah dijalankan ke atas kesemua tulang mengesahkan identiti keenam-enam mangsa yang hilang.

Setelah lebih 40 tahun menghilang dengan penuh misteri, penemuan ini akhirnya memberikan sinar kepada keluarga mereka yang sebelum ini tertanya-tanya ke mana perginya kesemua mangsa.

“Kami gembira kerana berjaya menemui sisa rangkanya dan kami akan meneruskan hidup,” kata abang kepada Jimmy iaitu Gary Williams.

Meskipun pegawai perubatan Oklahoma mengesahkan mangsa mati akibat lemas, masih terdapat banyak persoalan yang masih belum terungkai.

“Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada malam tersebut, mereka tidak tahu, kita tidak tahu, tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan,” kata Gary lagi.

Tonton video di bawah:

Sumber: NTD Inspired

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds