Galeri Foto, Pesona, SAINS & TEKNOLOGI

Lihatlah sepuasnya haiwan-haiwan terancam ini kerana ia akan pupus tidak lama lagi

Lihatlah sepuasnya haiwan-haiwan terancam ini kerana ia akan pupus tidak lama lagi

Bagi majoriti daripada kita, haiwan terancam adalah penuh dengan misteri. Oleh itu, seorang jurugambar dari Britain, Tim Flach telah menghabiskan masanya selama 2 tahun bagi mendokumentasikan kehidupan haiwan berkenaan di habitat asal mereka. Hasilnya, Endangered, telah menyediakan kita dengan sisi pandangan tentang kehidupan makhluk yang diancam kepupusan, dan betapa ia mengingatkan kita bahawa kita sepatutnya berasa kehilangan sekiranya mereka pupus.

Daripada spesies yang kita ketahui seperti beruang polar, snow leopard, cheetah sehinggalah kepada makhluk eksotik yang kita hanya mampu bayangkan seperti di dalam filem fantasi seperti saiga, burung helang Filipina, dan sebagainya, telah dibentangkan oleh Flach dalam spektrum yang besar tentang biodiversiti.

Selain itu, ia turut mencerminkan akan rintangan yang harus mereka hadapi – kemusnahan habitat. Ada juga yang berhadapan dengan  perkara yang lebih mengerikan seperti pemburuan haram dan dijual di dalam pasaran gelap.

Flach kerap kali menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk menghubungkan  manusia dengan makhluk liar. Jika diamati pada mata haiwan di dalam koleksi Endangered ini, pasti kita akan berasa sugul kerana kehidupan mereka adalah sama berharga seperti manusia.

#1 Saiga

Kredit: Tim Flach

#2 Beruang Polar

Kredit: Tim Flach

#3 Burung Helang Filipina

Kredit: Tim Flach

#4 Hyacinth Macaw

Kredit: Tim Flach

#5 Gajah Afrika

Kredit: Tim Flach

#6 Snow Leopard

Kredit: Tim Flach

#7 Iberian Lynx

#8 Cheetah bersama anaknya

#9 Lemur

#10 Kura-kura Ploughshare

Tim Flach

#11 Tenggiling Putih

Kredit: Tim Flach

#12 Panda Merah

Kredit: Tim Flach

#13 Kunang-kunang

Kredit: Tim Flach

#14 Badak Air

Kredit: Tim Flach

#15 Red Crown Crane

Kredit: Tim Flach

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...