Kedai serbaneka tanpa kaunter tunai pertama di Malaysia kini dibuka di Subang Jaya Axuricca 03/01/2018 tweet Related Posts Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Kemalangan trampolin paling epik! Memang seronok dapat melompat tapi silap langkah habislah anda… KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Beg bagasi mengekori anda tanpa anda menariknya dan banyak lagi? Lihatlah teknologi dunia ini yang jauh lebih canggih Seorang pelancong Taiwan terlantar di hospital setelah menjadi mangsa ragut berdekatan Masjid Negara Share this on WhatsAppSUBANG JAYA – Kedai serbaneka tanpa kaunter tunai pertama di Malaysia kini telah dibuka di Subang Jaya. Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia digital kini, pelbagai kemudahan dapat kita nikmati. Jika dahulu kita perlu melakukan segala urusan pembayaran dengan menggunakan wang tunai, kini pelbagai kaedah pembayaran telah dipraktikkan. Antaranya, kaedah pembayaran melalui perbankan secara atas talian, kad kredit dan bermacam-macam lagi. Dan terbaru, sebuah kedai serbaneka tanpa kaunter tunai yang pertama di Malaysia telah dibuka di Subang Jaya. Kedai berkenaan dilengkapi dengan sistem IRISPAY merupakan satu medium pembayaran digital yang telah dibangunkan oleh Mobile Commerce Technology. Kredit: Irispay Kedai serbaneka berkenaan terletak di 43, Jalan SS15/4, SS15, 47500 Subang Jaya dan akan menjual pelbagai produk sama ada dari luar negara seperti Korea, Jepun, China, Hong Kong dan Taiwan serta produk tempatan. Kredit: Irispay Kesemua produk-produk ini akan dijual melalui lapan buah mesin layan diri yang disediakan dalam kedai berkenaan. Malah, tiada seorang pekerja pun kelihatan sewaktu kedai ini beroperasi. Kredit: Sinchew Bagi sebarang pembelian produk daripada kedai ini, pembeli harus memuat turun aplikasi IRISPAY dan mengimbas kod QR bagi tujuan pembelian produk. Kredit: @celineeatdiary81 Kredit: Sinchew Pada masa ini, hanya produk bersaiz kecil seperti kerepek, mi segera, minuman dan juga kondom dijual. Di samping itu, kedai ini juga akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Kredit: Sinchew Hanya selepas majlis pelancaran secara rasmi yang akan diadakan pada bulan ini barulah ianya akan beroperasi secara 24 jam. Kredit: Sinchew Jadi, jika ada kelapangan, anda harus singgah ke kedai ini untuk merasai pengalaman membeli barangan-barangan ini. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada [email protected] Sumber: SAYS Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:NASIONAL Produk Teknologi ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Lelaki ini ‘hilang’ selama 40 tahun. Kemudian, satu video yang tular berjaya menyatukan semula lelaki ini dengan keluarganya Rakaman CCTV seorang penghantar makanan guna taktik licik untuk curi iPhone pemilik restoran Anjing keliru mengapa ia ‘ditahan’ polis kerana cuba menyerang seekor rusa. Lihat muka tidak bersalah itu… Kisah akan sentiasa diingati walaupun mereka telah tiada. Bagaimana kehidupan mangsa yang terselamat selepas tragedi Titanic? Pilihan Editor Seorang lelaki yang tidak dikenali membantu wanita ini mengawal dua orang anaknya yang tidak terkawal di dalam kapal terbang Ibu yang kreatif ini pandai menguruskan 5 orang anak perempuan kembarnya yang sangat comel Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan Wajah bakal bapa sebelum dan selepas kelahiran bayi tersayang. Begini rupanya perasaan mereka… Semasa berjalan di kawasan perlombongan, lelaki ini telah menyepak batu dan terkejut setelah melihat rupa sebenar batu itu! Kanak-kanak berusia 7 tahun ini terpaksa membawa adik lelakinya yang berusia 1 tahun ke kelas kerana dia tidak mahu ponteng sekolah 2018-01-03 Axuricca