Automobil, GAYA HIDUP

Jika sayangkan kenderaan, anda wajib elak daripada melakukan 10 perkara ini

Jika sayangkan kenderaan, anda wajib elak daripada melakukan 10 perkara ini

Semakin lama, dengan kecanggihan teknologi masa kini, pembuatan kereta juga menjadi semakin moden.

Dengan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan dan teknologi perkomputeran yang membolehkan segala-galanya berjalan dengan lancar, fungsi kereta moden kini begitu mudah untuk dikendalikan.

Malah, terdapat juga kereta yang dicipta dengan sistem pengawasan di mana komputer akan memaklumkan pemandu tentang bahaya di hadapan, memarkirkan kenderaan secara automatik dan sebagainya.

Namun begitu, semoden dan secanggih mana pun kenderaan yang anda miliki, masih terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan daripada dilakukan.

#1 Jangan tekan butang ‘Off Engine’ semasa memandu

Kredit: depositphotos

Jika anda tanpa sengaja menekan butang berkenaan semasa sedang memandu, tiada perkara buruk yang akan berlaku. Kebanyakan kereta moden mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang pelbagai perkara. Tetapi sebaiknya, elak daripada melakukannya.

#2 Jangan pilih ‘Reverse’ semasa memandu

Kredit: depositphotos

Satu lagi larangan yang harus anda ikuti adalah, memilih ‘reverse’ semasa memandu. Walaupun sistem komputer dalam kereta anda tidak akan mengikut perintah ‘reverse’ yang anda lakukan semasa memandu, sebaiknya elakkan.

#3 Jangan pilih ‘Park’ semasa memandu

Kredit: depositphotos

Jangan sesekali mencubanya. Komputer dalam kereta anda akan menghalang perintah ini bagi tujuan keselamatan tetapi sekiranya anda melakukannya, anda mungkin akan merosakkan kenderaan anda.

#4 Jangan letakkan terlalu banyak kunci lain pada kunci kenderaan

Kunci yang terlalu banyak akan menjadi berat sekali gus berpotensi untuk merosakkan suis pencucuhan. Asingkan segala kunci daripada kunci kereta.

#5 Menukar minyak

Kredit: depositphotos

Ikuti arahan spesifikasi yang dikeluarkan oleh pengilang tentang kekerapan untuk menukar minyak. Sesetengah pengilang menggunakan minyak khas yang harus ditukar selepas 1,000 km perjalanan.

#6 Jangan terlebih isi minyak enjin

Kredit: depositphotos

Setiap kali mengisi minyak enjin, anda harus mengisi sehingga ke paras penuh pada penanda khas. Jika terlebih isi, kereta anda akan rosak teruk dan mungkin mengeluarkan asap.

#7 Jangan biarkan tangki minyak kosong sebelum diisi

Kredit: depositphotos

Semua jenis petrol mempunyai partikel-partikel halus yang akan tenggelam di dasar tangki minyak kereta anda. Jika anda membiarkan tangki minyak kosong, partikel-partikel yang mendap ini akan tersekat pada enjin.

#8 Perhatikan simbol amaran

Kredit: depositphotos

Tidak semua kenderaan mempunyai simbol amaran yang sama tetapi kebiasaannya, simbol-simbol ini mempunyai kod warna tertentu.

  • Hijau atau biru menandakan sistem berkenaan telah diaktifkan
  • Kuning menandakan sesuatu perlu diservis
  • Merah bermaksud terdapat masalah pada kereta anda dan anda harus segera memberhentikan kenderaan kerana ia mungkin tidak selamat untuk digunakan

Apa yang lebih penting, jika lampu pada simbol berkenaan sudah tidak menyala, anda harus segera menghantar kenderaan anda untuk diperiksa.

#9 Periksa tekanan pada tayar

Kredit: eastnews

Anda harus sentiasa memeriksa tekanan tayar. Memandu dalam keadaan tayar tiada angin boleh membahayakan nyawa dan menghauskan tayar.

#10 Periksa keseimbangan tayar

Kredit: depositphotos

Jika anda terlanggar lubang pada jalan raya dan sebagainya, segera hantar kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan keseimbangan dan penjajaran (alignment). Jika tayar tidak seimbang, kawalan pemanduan juga akan menjadi lemah sekali gus membolehkan anda terlibat dalam kemalangan.

Sumber: BrightSide

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...