KUALA LUMPUR: Bermula Januari Kementerian Pengangkutan mewajibkan semua pengeluar kenderaan untuk menyesuaikan model kenderaan mereka dengan tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang.

Tali pinggang keledar riba (lapbelt) yang biasanya terletak pada tengah-tengah tempat duduk belakang kereta dan bas ekspres yang bersifat two-point telah dilarang daripada terus dipasang pada kenderaan dan harus digantikan dengan tali pinggang keledar three-point.

Menurut laporan di NST Online, pengeluar yang tidak mematuhi peraturan ini tidak akan dapat memasarkan kenderaan mereka di bawah standard baru seperti yang telah dimasukkan ke dalam Permit Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

Alasan pengharaman tali pinggang keledar jenis ini adalah kerana berlakunya tekanan yang dikenakan ke atas badan ketika kemalangan. Walaupun tali pinggang jenis ini dapat menyelamatkan penumpang daripada tercampak keluar dari kenderaan semasa kemalangan, tekanan yang dikenakan ke atas badan boleh menyebabkan kecederaan serius atau boleh membawa kematian.

ASYRAF HAMZAH/NST ONLINE

Terdapat beberapa kecederaan biasa yang berkaitan dengan penggunaan tali pinggang keledar jenis ini.

Antaranya termasuk kecederaan dinding abdomen, kerosakan buah pinggang dan pundi kencing, pecah mesenteris, usus kecil, aorta, limpa dan rahim, termasuk patah tulang rusuk, panggul dan tulang belakang lumbar.

Terdapat banyak kes di mana mereka yang terikat dengan tali pinggang jenis ini telah mengalami patah tulang rusuk, pinggul dan lumbar vertebra, selain menyebabkan kecederaan kekal pada bahagian intra-perut dan boleh menyebabkan kelumpuhan. Ada juga kes kematian yang dikaitkan dengan penggunaan tali pinggang keselamatan ini.

 Utusan Online

Malaysia merupakan antara negara yang mengguna pakai Peraturan Kenderaan Negara R14 dan R16 (yang berkaitan dengan tali pinggang keledar), yang telah dimasukkan ke dalam Peraturan Pengangkutan Jalan (pembinaan dan penggunaan) 1959, pada tahun 2007 dan 2011.

Sumber: SAYS

Era Baru

Share
Kategori: Automobil NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds