PETALING JAYA – Terdapat sebuah kubu bawah tanah yang digunakan ketika zaman perang Dunia Kedua, dijumpai di bawah tanah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Penemuan tersebut yang merupakan tempat berlindung bawah tanah, dipercayai merupakan kubu bawah tanah Perang Dunia Kedua yang pertama dijumpai di negara ini dan ia dijumpai semasa kajian lapangan terbang oleh Pasukan Sejarah Malaya (MHG).

Menurut Shaharom Ahmad, selaku ketua pengkaji MHG berkata penemuan itu adalah sangat penting kerana kubu yang dijumpai selama ini berada di atas tanah. Kubu sepanjang 9 meter dan 9 meter lebar itu berada 2.5 meter di bawah tanah dan dipercayai telah dibina oleh pihak British bagi melindungi askar dan rakyat mereka daripada serangan udara pihak musuh.

“Strukturnya masih utuh dan tiada kesan kerosakan walaupun telah berusia 75 tahun. Kubu binaan British tersebut juga dijumpai di Singapura dan Eropah”, jelas Shaharom yang telah memulakan kajian tentang artifak dan tinggalan Perang Dunia Kedua sejak tahun 1996.

Terdapat juga karakter Cina yang dijumpai pada kubu berkenaan, dipercayai telah ditulis oleh buruh Cina yang dibiaya bagi membina perlindungan bawah tanah tersebut. Tulisan Cina tersebut dibaca “Makanan cukup untuk 2,100 orang”.

Penemuan berkenaan juga memungkinkan bahawa ada lagi kubu bawah tanah yang berhampiran. “Mungkin ada lebih banyak struktur bersejarah di sekitarnya kerana kubu bawah tanah jarang dibina satu sahaja,” kata Shaharom.

Pengurus Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Mohd Ali Osman berkata ini merupakan kali ketiga tanah di kawasan lapangan terbang berkenaan ditemui dengan tinggalan sejarah.

“Sebelum ini, terdapat 2 buah pillbox yang ditemui. Ada juga kuarters polis dan kuarters polis Orang Asli Senoi yang terbiar ditemui berhampiran dengan kubu berkenaan,” tambahnya.

Ali berkata perbincangan akan diadakan dengan Persatuan Warisan Perak, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Majlis Bandaraya Ipoh untuk melanjutkan kajian dan mengubah kubu tersebut menjadi muzium dan tarikan pelancong utama.

Beliau berkata MAHB telah memberikan kebenarannya kepada MHG untuk menjalankan penyelidikan kerana ia terletak di tanah kosong. “Kami memberi sokongan penuh kami untuk mengubah kawasan menjadi tapak warisan ketenteraan untuk pembangunan sektor pelancongan negara,” akhiri Ali.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Arkeologi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds