Idea Gajet, Pendidikan, Produk Teknologi

Ini rupanya punca mengapa bil elektrik rumah anda masih melambung tinggi walaupun masih jarang digunakan!

Ini rupanya punca mengapa bil elektrik rumah anda masih melambung tinggi walaupun masih jarang digunakan!

Ramai yang merungut bil elektrik mereka tinggi walaupun tidak menggunakan banyak barangan elektrik. Tetapi hakikatnya kita sendiri yang menyebabkan bil elektrik tinggi melambung tanpa kita sedari. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa ada peralatan elektrik yang dipasang pada soket masih menggunakan tenaga walaupun tidak digunakan.

Jadi, ini dia lima jenis peralatan elektrik yang tetap menggunakan tenaga walaupun tidak digunakan jika ianya masih tetap terpasang pada soket elektrik.

#1 Pengecas Telefon

Ini adalah antara peralatan yang paling banyak kali digunakan oleh pada hari ini. Cuba nada kira dalam sehari berapa kali anda mengecas telefon bimbit anda. Bagi yang selalu mengecas telefon pasti malas untuk mengeluarkan pengecas dari soket untuk memudahkan mereka mengecas telefon selepas itu. Ini adalah punca mengapa tenaga elektrik yang tinggi digunakan di rumah anda.

© rawpixel

Tahukah anda bahawa pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Watt (W) sehari walaupun ia tidak digunakan? Nilai tenaganya mungkin rendah tetapi cuba darabkan dengan 365 hari, agak-agaknya berapa banyak tenaga elektrik yang telah digunakan hanya untuk pengecas telefon bimbit?

#2 Dekorder Televisyen (TV) Digital

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder TV. Ramai yang memandang ringan akan dekorder dengan hanya membiarkannya terpasang tanpa menutupnya supaya senang untuk menonton TV. Tetapi hakikatnya pemasangan dekorder inilah yang telah ‘menelan’ tenaga elektrik di rumah.

© depositphotos

Tapi tahukah anda bahawa dekorder yang tidak ditutup walaupun TV tidak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka jangan terkejut jika bil elektrik anda masih melambung walaupun anda jarang menonton televisyen.

#3 Televisyen

Tidak lengkap sebuah rumah tanpa TV. Tidak hanya dekorder, TV juga ‘memakan’ tenaga elektrik yang agak tinggi sebenarnya.

© depositphotos

Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak mengeluarkan plag TV daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Jika dicampur dengan jumlah tenaga yang digunakan oleh dekorder tadi pastinya sangat tinggi jumlahnya.

#4 Komputer

Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak.

© depositphotos

Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Malah, jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam Mod Sedia. Jadi, selepas ini janganlah biarkan suis laptop atau PC terpasang di soket jika tidak mahu menggunakannya.

#5 Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa.

Mungkin tidak semua rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bagi yang memilikinya alangkah lebih baik jika anda menggunakan tenaga elektrik untuk penggunaan yang lebih bermanfaat.

© depositphotos

Jadi, apa tunggu lagi? Periksa peralatan elektrik rumah anda. Pastikan peralatan-peralatan yang tidak digunakan dicabut daripada soket tertutama jika anda bercadang untuk meninggalkan rumah dalam tempoh waktu yang lama.

Sumber : BRIGHT SIDE

 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...