HIBURAN, INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Gelagat penguin comel ini berkeliaran di pejabat membuatkan semua pekerja hilang tekanan

Gelagat penguin comel ini berkeliaran di pejabat membuatkan semua pekerja hilang tekanan

Bekerja di pusat pemeliharaan haiwan mungkin boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang paling menggembirakan di dunia ini khususnya bagi pencinta haiwan.

Berpeluang untuk melihat gelagat haiwan yang manja dengan raut wajah yang comel pasti akan menjadi salah satu pengalaman terindah sepanjang hidup kita. Apatah lagi, bukan semua orang dapat merasai pengalaman mendekati haiwan dengan mudah seperti ini.

Selepas anda menonton video di bawah, anda pasti akan berasa geram melihat keletah manja seekor burung penguin ini.

Di Zoo Cincinnati, terdapat seekor burung penguin yang diberi nama Cookie. Penguin ini merupakan penguin yang sangat mesra dengan manusia. Setiap hari, haiwan comel ini akan pergi ke pejabat dan bermain-main dengan pekerja di sana.

Cookie akan menggeselkan badannya pada seseorang sebelum berkeliaran dan bermanja bersama pekerja lain pula.

Seolah-olah, Cookie sedang menyapa semua pekerja ini dan memberikan perangsang untuk mereka meneruskan pekerjaan masing-masing.

Sambil menggoyang-goyangkan ekornya, gelagat Cookie benar-benar menghiburkan kita semua.

Comelnya! Rasa macam nak bela penguin pula. Hehe!

Tonton video comel Cookie di bawah dan anda pasti tersenyum melihatnya.

Sumber: cocomy

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...