NASIONAL, Pendidikan

Amboi! Ini yang diungkapkan oleh sepasang kembar darjah satu apabila ditanya mengenai cita-cita mereka

Amboi! Ini yang diungkapkan oleh sepasang kembar darjah satu apabila ditanya mengenai cita-cita mereka

JOHOR BAHRU – Sempena hari pertama persekolahan, sepasang kembar yang pertama kali memasuki sesi persekolahan berjaya mencuri tumpuan ramai dengan keletah mereka.

Kanak-kanak perempuan yang bernama Puteri Qistina Damia dan Puteri Qistina Najwa ini telah ditempat di kelas yang sama di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2.

Selain menjadi tumpuan kerana kecomelan mereka, kedua-dua kembar ini juga petah bercerita dan kelihatan sangat teruja untuk memasuki dunia persekolahan bersama-sama.

“Saya dan kakak bangun awal pada jam enam pagi untuk ke sekolah hari ini dan perasaan kami sangat seronok dapat pergi sekolah sebab dapat kenal ramai kawan baru serta cikgu baru,” kata Puteri Qistina Najwa.

Tambahnya lagi, dia dan kakak kembarnya sudah berjanji akan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita untuk menjadi seorang guru apabila sudah dewasa kelak.

“Saya dan kakak hendak belajar rajin-rajin sebab kami sama-sama nak jadi guru bila besar nanti”.

Guru Besar bagi sekolah berkenaan iaitu, Zulkifly Ahmad memaklumkan seramai 195 pelajar tahun satu telah diterima masuk ke sekolahnya bagi sesi persekolahan 2018.

Beliau turut memberitahu bahawa para pelajar tahun satu akan dikumpulkan di kantin selama seminggu bagi tujuan orientasi sebelum masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran.

“Alhamdulillah, ini kali terakhir saya menerima pelajar tahun satu kerana selepas ini saya akan bersara. Saya berharap semua pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dan belajar bersungguh-sungguh”.

Sumber: Harian Metro

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL Pendidikan

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...