Asia, GLOBAL

Wanita dapat nasi goreng kosong bernilai RM15 apabila meminta pilihan makanan vegan di gerai ini

Wanita dapat nasi goreng kosong bernilai RM15 apabila meminta pilihan makanan vegan di gerai ini

Diet vegan menjadi semakin popular kini dan restoran makanan vegan pula makin banyak kini. Ianya juga bukan satu perkara yang aneh lagi sekiranya pelanggan meminta makanan yang dapat memenuhi diet mereka.

Namun, gerai yang bakal kami kupaskan kepada anda ini mungkin agak keterlaluan dalam memenuhi diet vegan seorang pelanggan ini.

Baru-baru ini, seorang wanita Singapura rasa terkejut dan sangat keliru apabila dia membuat pesanan untuk mendapatkan makanan vegan di sebuah gerai di Sun Plaza.

Menurut Stomp, dia telah membuat pesanan di salah sebuah gerai makanan sekiranya mereka mempunyai makanan vegan. Maknanya, makanan itu tidak boleh mempunyai daging ataupun telur di dalam nasi gorengnya. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapat sepinggan nasi goreng kosong sahaja!

Wanita itu berkata, pekerja gerai itu mengatakan mereka mempunyai makanan vegan dan telah mengenakan bayaran SGD$5 atau RM15. Akhirnya, apa yang dia telah dapat ialah nasi goreng kosong yang tiada isi lauk langsung di dalamnya!

Malah, pekerja gerai itu juga sangat biadap dan dia tidak memberitahu nasi goreng itu akan dihasilkan sebegitu rupa.

Wanita itu kemudiannya mengatakan, sepatutnya pekerja gerai itu memberitahu mereka tidak ada makanan vegan. Sekurang-kurangnya dia boleh mencari makanan vegan lain yang lebih berpatutan atau berbaloi dengan harga RM15 itu!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...