GAYA HIDUP, Idea Gajet, INSPIRASI, VIDEO

Kaedah perangkap tikus berusia 427 tahun ini mampu menangkap tikus tanpa mencederekannya. Harus cuba!

Kaedah perangkap tikus berusia 427 tahun ini mampu menangkap tikus tanpa mencederekannya. Harus cuba!

Haiwan perosak seperti tikus seringkali menjadi mimpi ngeri bagi setiap penghuni rumah. Kehadiran tikus yang berlari di dapur sambil mengeluarkan bunyi bising akan menggelikan kita semua.

Apa yang lebih merungsingkan adalah bagaimana untuk menangkap tikus-tikus ini tanpa perlu membunuh atau mencederakannya. Walaupun tikus adalah haiwan perosak dan menjijikkan, tindakan membunuh mereka adalah satu tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Justeru, penggunaan perangkap tikus mungkin mampu berfungsi dengan baik tetapi ianya boleh menyebabkan kecederaan pada tikus ini.

youtube.com

Oleh demikian, kita semua mungkin boleh berpatah balik ke 400 tahun yang lalu di mana kaedah penangkapan tikus adalah lebih mudah dan tidak begitu kejam. Lebih penting, kaedah ini hanya memerlukan hanya dua barangan yang boleh anda dapati di dapur.

Dalam video YouTube ini, Shawn Woods telah memberikan demonstrasi tentang konsep perangkap tikus zaman dahulu. Dengan menggunakan mangkuk dan juga sejenis alat dikenali sebagai ‘fillboll’.

Konsep perangkap tikus ini telah diperkenalkan oleh Leonard Mascall dalam bukunya pada tahun 1590. Fillboll adalah sejenis batang kayu bengkok yang digunakan untuk mengikis atau mengorek sisa makanan yang tersekat pada dasar mangkuk. Ia berfungsi seperti spatula.

youtube.com

Pada zaman ini, mungkin sukar untuk mencari fillboll, jadi anda boleh menggunakan apa sahaja alat yang boleh menegakkan mangkuk dan meletakkan makanan padanya.

Setelah selesai memasang perangkap ini, apa yang boleh anda lakukan adalah hanya menunggu tikus untuk masuk ke dalam mangkuk tersebut. Pergerakan tikus sewaktu mengambil makanan pada batang kayu tersebut akan menyebabkan mangkuk jatuh lalu memerangkap tikus berkenaan tanpa mencederakannya.

Shawn telah melakukan eksperimen ini ke atas tikus peliharaannya yang bernama Batman.

youtube.com

Setelah mendapati perangkap ini berkesan, Shawn telah meletakkannya di luar rumah dan berjaya menangkap tikus liar yang berkeliaran di sekitar rumahnya.

youtube.com

Menarik bukan? Perangkap yang berusia 427 tahun ini walaupun mudah dan ringkas, ianya tetap mampu berfungsi dengan berkesan.

Lihat video di bawah untuk belajar bagaimana cara membuat perangkap tikus yang hebat ini!

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...