Taylor Swift memberitahu berita baik ini kepada peminatnya, Stephanie, di belakang pentas semasa persembahannya di Manchester. Peminatnya itu dilaporkan ditinggalkan tanpa rumah dan pasangannya Matthew kehilangan pekerjaannya.

Kredit: billboard

Dalam satu perkongsian di aplikasi baru Taylor, The Swift Life, Stephanie menulis: “Saya akhirnya memutuskan untuk memberitahu anda apa yang dilakukan Taylor untuk saya pada malam ini. Ramai yang tidak tahu selama 8 bulan kehamilan saya, saya tiada tempat tinggal.”

“Rumah flat kami dimusnahkan atas alasan kesihatan dan keselamatan yang membuatkan kami kehilangan segala-galanya.”

Pasangannya Matthew pula telah kehilangan pekerjaannya.

“Ibu saya hanya meminta bantuan Taylor untuk menggembirakan saya ketika menghadiri konsertnya di Manchester.”

Kredit: ZUMAPRESS.com / MEGA

Selepas persembahan, Taylor membawa kami ke bilik persalinannya di mana dia memberitahu saya, “Stephanie, jika kamu meminta bantuan daripada saya, semestinya saya akan membantu anda. Tetapi kamu tidak melakukannya. Ibu kamu yang memberitahu saya… “

“Dia memberitahu saya dia mahu memberi saya kembali wang untuk tiket saya malam itu. Apa yang sebenarnya dia lakukan adalah membantu kami membeli rumah dan semua keperluan untuk bayi saya. Dia memberitahu saya ‘Saya mahu kamu hidup bahagia bersama anak kamu dan tidak perlu risau tentang semua perkara ini.'”

Stephanie memuji bintang berusia 28 tahun itu kerana kemurahan hatinya dan mengakui dia akan sentiasa menyayanginya.

Sumber: metro

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds