Baru-baru ini, syarikat gergasi teknologi dunia iaitu Apple telah berhadapan dengan 9 saman setelah mengeluarkan kenyataan rasmi yang memaklumkan bahawa pihaknya sengaja memperlahankan prestasi peranti iPhone lama bagi memanjangkan jangka hayat peranti berkenaan.

Dilaporkan, sebanyak lapan buah saman telah difailkan di Illinois, New York, California manakala satu lagi saman di Israel.

Business Insider

Setelah pengakuan tersebut, ramai pengguna iPhone lama seperti iPhone 5, iPhone 6 dan juga iPhone 6s berang kerana tindakan Apple yang sengaja memperlahankan peranti lama iPhone setiap kali iPhone baru dilancarkan.

Akhirnya, syarikat Apple membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui bahawa sistem kemas kini operasi yang digelar iOS 11 telah mengehadkan pembekalan kuasa dari bateri kepada peranti sekali gus menjejaskan prestasi iPhone model lama.

“Kami sedar ramai orang mengganggap Apple mengecewakan, kami memohon maaf”.

Kredit: CNET

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Apple, pihaknya mengakui sengaja melakukan tindakan sedemikian bagi memanjangkan jangka hayat bateri iPhone. Selain itu, tujuannya adalah untuk menghindari peranti daripada mengalami auto shutdown.

Namun, pengumuman tersebut nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna iPhone dan membuatkan Apple dituduh sengaja memperlahankan prestasi peranti lama bagi tujuan komersial.

Kredit: Life hacker

Ada yang berang dan mendakwa Apple sengaja melakukan tindakan seperti itu setiap kali model iPhone baru akan dikeluarkan sekali gus memaksa pengguna menukar bateri atau pun membeli peranti baru.

Segelintir pengguna turut mencadangkan Apple supaya menawarkan penukaran bateri secara percuma berbanding mengehadkan kuasa bateri dan memperlahankan prestasi iPhone lama.

Malah, terdapat juga pengguna iPhone yang mengugut untuk bertukar kepada pesaing terdekat Apple iaitu Samsung.

Kredit: Gizmodo

Berikutan amukan daripada para pengguna, Apple kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan pada 28 Disember lalu di mana pihaknya akan memberikan diskaun bagi penukaran bateri lama.

Menerusi kenyataan berkenaan, Apple memaklumkan akan mengurangkan kos bagi penggantian bateri iPhone model 7 ke bawah bermula bulan hadapan. Harga penggantian akan dikurangkan daripada RM320 kepada RM117 dan akan menaik taraf sistem operasi iOS.

Kredit: 9TO5Mac

Tujuan menaik taraf sistem operasi iOS tersebut adalah untuk memaklumkan kepada para pengguna sama ada bateri iPhone mereka berada dalam keadaan baik atau perlu ditukar dengan segera.

“Langkah ini bagi menghargai kesetiaan pengguna dan mendapatkan kembali kepercayaan pengguna yang ragu-ragu terhadap tindakan Apple“.

Sumber: Astro Awani dan Apple Inc.

 

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds